Tuesday, November 9, 2010

Kesan Senaman terhadap Kolestrol


salam semua ..

lately nie aku dah jarang buat senaman kat umah .. huhu
kenapa ?? sbb dah mcm x cukup masa je .. ngan kerja2 di opis .. balik umah pulak
duk sebuk2 masak , kemas umah dan mcm2 lagi , penat wehhh ..
ada masanya waktu dgn anak2 punn x der .. tgk tuuu
ibu nie memang kan .. ada masa lebih sikit aku mulalah nak berblog .. heheh
mcm2 alasan lah tuuu ..
kata mak .. nak seribu daya x nak seribu dalih .. x leh jadi kannn
kena mulakan balik nie .. ciann kat aku nyer eleptic tuuu .. kalau dah boleh cakap , dah lama caka , wehh biler nak kayuh aku nie .. hehehehhe

nie aku nak share something mengenai kaitan betapa pentingnya senaman
dengan kolestrol dlm badan kita nie ..
moh layannnnnnnnn



*Kesan senaman terhadap kolesterol

Selain daripada manfaat senaman yang mengurangkan tekanan darah, kecergasan fizikal juga membantu mengurangkan kadar kolesterol menerusi beberapa cara.

Pertamanya, senaman meningkatkan kandungan kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah, sambil mengurangkan kandungan kolesterol LDL (kolesterol jahat yang menyumbatkan arteri).

Kedua, senaman menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan.

Ketiga, apabila anda bersenam, anda menguatkan peredaran darah badan, membantu mengeluarkan gumpalan dalam salur darah dan menjadikan jantung pam yang lebih kuat dan cekap.

Tahap kecergasan fizikal anda ada kaitan rapat dengan kandungan kolesterol. Pakar-pakar telah berusaha menentukan tahap atau jumlah senaman yang diperlukan untuk membawa manfaat kepada jantung.

Pada 2002, satu kajian yang teliti telah dijalankan ke atas sekumpulan dewasa dengan berat badan berlebihan.

Keputusan menunjukkan perubahan bermanfaat dari segi kandungan kolesterol dan lipid, termasuk pengurangan LDL, walaupun peserta hanya melakukan sedikit senaman pada intensiti sederhana hingga tinggi.

Namun begitu, senaman berat diperlukan untuk mengubah kandungan kolesterol secara ketara, dan meningkatkan bilangan kolesterol HDL baik.

Manfaat yang dilaporkan dalam kajian diperoleh walaupun pengurangan berat badan peserta adalah kecil.

Ini bermakna orang yang mempunyai berat badan berlebihan yang menghadapi masalah mengurangkan berat badan masih boleh mendapat manfaat besar untuk kesihatan jantung dengan bersenam.

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa untuk kesan perlindungan jantung terbaik, tempoh sesuatu sesi senaman tidak begitu penting berbanding jumlah tenaga harian yang digunakan.

Maka cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat singkat yang dilakukan selama beberapa kali, dan ini berguna bagi orang yang lebih berumur.

Latihan berbeban juga dikaitkan dengan perlindungan jantung. Latihan sebegini mungkin menawarkan manfaat sampingan kepada senaman aerobik dengan mengurangkan kandungan LDL.

Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit yang menghidap angina.

Sudah tiba masanya untuk mengubah gaya hidup anda hari ini. Dalam usaha anda merawat dan mencegah hipertensi, perkara paling penting ialah membuat perubahan dalam gaya hidup anda.

Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan dalam senarai perubahan yang harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat pemakanan, mengurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok.

Selain itu, mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafeina, mengawal pengambilan makanan lemak dan mematuhi arahan pengambilan ubat preskripsi apabila diperlukan.


Oleh: KIREN SHARMA

*Kiren Sharma, Ahli Fisioterapi Perkhidmatan Penasihat Awam bagi Jantung Sihat (PASHH)



haaaaa ingat tu .. rajin2 senam kat umah ker .. gym ker ..

jgn malas2 .. kalau sakit , sape susah ??
diri sendiri jugak susah kann .. ada org lain susah ker ?? mustilah ada kan .. anak2 , family specially cik hubby kita kan :)




ps : pagi nie aku x de mood nak bfast tapi jgn salah sangka aku x makan pulak .. aku amik shake herbalife pagi nie .. nutrisi yg mengenyangkan .. insyaallah sampai tgh ari .. sbb mlm tadi aku dah makan dengan banyaknye .. muhahahha



10 comments:

  1. aku pun takdok masa harap panjat tangga jela huhu

    ReplyDelete
  2. alamak!! camni weols kene start bersenam ni...elok tuk kesihatan kan uols huhu

    ReplyDelete
  3. bagus info akak ni, tapi mmg pun, lieya sendir penah diet, kawal makan sajek.....n kawal mkn dan senam sekali...mmg nampak beza antara keduanye....

    ReplyDelete
  4. Bagus info nie..TQ for sharing Ieda.. tapi tu laa..skrg nie tak de masa ler nak gi bersenam..hehe.. tu yg byk kolesterol dok berlonggok dlm badan nie..hehehe..

    ReplyDelete
  5. posh ~ huhuuh mu ade jugak beb panjat tangge .. heheh den niehh tangga punn x der hahaha

    ReplyDelete
  6. zue ~ aah zue .. kita kena start bersenam tau .. amalan kecil2 punn x per janji kuar peluh heheh

    ReplyDelete
  7. lieya ~ aah akak nie dari lepas raya x start layie bersenam nie .. entahlah .. duk x sempatt jer .. mana semangat berworkout punn x tahu huhuhu

    ReplyDelete
  8. rinna ~ hehehh ye lah rinna kena berjaga2 dari skrg .. penyakit dah banyak skrg nie .. takut tul .. pemakanan kita punn dah x tentu arah dahh huhhu

    ReplyDelete
  9. nak kene mula bersenam balik ni

    ReplyDelete
  10. lady of leisure ~ heheheh aah , kena mulakan balik :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...