Tuesday, November 16, 2010

dah cuti ! DAH CUTI !

salam semua ...

kelmarin aku dah start cuti , pagi2 nie aku dapat call dari mak di kg suh balik ada kecemasan , aku x sempat nak citer semua , ape2 pun doakan aku yg terbaik yaaa .. nanti balik dari bercuti aku akan story ( ditaip sewaktu aku di kg guna laptop adik aku huhuh ) nak balik kg dahhh .. seronoknyaaaaaaaaa cuti lama tuuuu seminggu betul .. :) aper nak buat nie ..

haaaa makan jer lahhh

adoiii yaiiii

x tahan sbb raya aji nie , banyak org berkorban .. daging .. soppp huhuhuh

Selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua adik2 , kakak2 & kenalan2 di alam cyber dan blog ini .. muahhhh semoga kerinduan kita pada hari ibadah korban ini terungkai dan terlaksana .. dan selepas ini semua entry2 nie auto publish tau ..

maklumlah di kg ku x der komp dan tenet .. raya nie sunyi sikit sbb adik2 x balik , masing2 balik umah mertua .. aku je x der mertua dahhh huhuhuh :)

ok lah nak share sikit pengertian HARI RAYA AIDILADHA






Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar.

Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu.

Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.

Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita.




ps : lepas nie nak kemas2 baju anak2 dan hubby .. x sabar nak balik kg .. banyak mende nak buat .. :) bye semuaaaaaaaaaaa





8 comments:

  1. uish cuti smingggu tu, heaven dapat bersama keluarga tersayan, ewah. dulu masa skolah selalu cikgu tanya apa erti korban bagi anda. tah apa jawab tah, tapi now erti korban tu mendalam kan.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya.. seronoknya duk kampung tentu seronok masak2 kan.. rindu kampung

    ReplyDelete
  3. take care..selamat bercuti

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidil Adha kak!!! Hope everything is okey at kampung! Regards to ur Mom too ;)

    ReplyDelete
  5. adia ~ heheh aah .. kalau dulu cikgu tanya , sembeleh lembu l;ah cikgu .. skrg raya korban nie penuh pengertian kann :)

    ReplyDelete
  6. juwita ~ tulah dik .. x per2 jauh2 x per .. janji ingatan kat kg halaman x pudar ok :)

    ReplyDelete
  7. love ~ oh dear , thanx so much .. :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...