Wednesday, November 3, 2010

Bila Suami Mengorbankan Diri Buat Isteri

salam semua ... xceli post cite nie semalam tapi tgk pagi nie x kuar , rupernya x tekan publish smlm .. hohohohoo jadi kenalah post utk pagi nie .. sblm mulakan kerja

sayu jer baca berita nie semalam .. suami yg mengorbankan diri buat isterinya .. jarang kita dgr kan .. kalau ada punn suami yg selalu mendera dan membunuh isteri dan anak2 .. bila ada yg mcm nie tersentuh hati sbb dia mati di pangkuan isterinya .. mcm manalahhh perasaan si isteri .. kalau akak ditempat dia .. ada mauuu meraungg berlebih bila tahu apa yg telah suami alami .. huhuhu


KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan padabadannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ. Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.

Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.

Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.


kalau kita isteri memang sayang suami mcm nie .. tiap2 pagi kita salam dan cium dia .. tapi dia ... selalu tak buat kita mcm nie huhuhuhuh ...



ps : lupa nak salam hb pagi nie .. rasa bersalah pulak .. duk sebuk tgkkan anak2 masukkan beg dlm kete .. start kete terus jalan .. kat mulut tuu dah remaind anak2 suh salam ayah .. tapi ibu dia lupeeee huhuhuh




13 comments:

  1. touching lah...alfatihah utk mangsa...
    samalah sy pun lupe salam hasben..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Ieda....itulah namanya Cinta sejati....and a real Hero!...Moga Rohnya dicucuri Rahmat....Al Fatihah...Amin!....Syukuri apa yang ditentukan Allah buat kita!

    ReplyDelete
  3. aduh kak touching bace.....mmg besar pahala lelaki tu kan kak....ni selalu bace kisah laki bantai binilaaa....laki cerai bini laaaa.....kdg2 meluat nak bace....

    alfatihah buat arwah moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.....alfatihah....

    ReplyDelete
  4. dah rutin sowang isteri, pepagi sebelum g keja salam hubby, kalo terlupa rasa cam tak beshhh sgt

    ReplyDelete
  5. AlFatihah.. Sayang betul si suami..pada si isteri kerana sanggup berkorban kan..hmm.. Kalau saya pun meraung gak.. bila dalam situasi gitu..

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah bukan senang nak dapat suami mithali

    ReplyDelete
  7. hanim ~ heheh ada masa2 nya lupa kan dik .. bukan sengaja kan :)

    ReplyDelete
  8. kak watie ~ aah kan kak .. the real hero .. bukan selalu jumpa hhuhu

    ReplyDelete
  9. lieya ~ huhuhu aah dik .. akak pun 1st baca sedih sgt .. bukan aper , kasihan dan sedih sbb dia meninggal di pangkuan isterinya .. x dpt bayangkan .. :(

    ReplyDelete
  10. mamasyaza ~ aah .. mcm rutin gitu kan kak .. kalau ieda bukan rasa x besh tapi rasa bersalah pulak huuhu

    ReplyDelete
  11. rinna ~ samalah rinna .. kalau kena ke ieda , hermm x tahulah .. ada meroyan kejap huhuhuh

    ReplyDelete
  12. posh ~ yes beb .. x ramai kita jumpa yg baik dan sanggup bekorban mcm nie .. sgt2 terharu :(

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...