Thursday, November 4, 2010

Allah sedang Menguji Diri Ku .. Kuatkanlah AKU


salam semua
..


aku x tahu nak mulakan bagaimana ..
hati ini terlalu sayu .. sedih dan hiba ..
belum habis dgn masalah semalam ..
pagi ini aku diuji lagi .. ujian yg begitu kuat bagi aku .. sehingga x daya aku nak menahan lagi .. menitis air mata mengenangkan .. betapa hancur hati seperti di tikam , sa
yuu sgt .. diketika ini juga aku menitiskan air mata mengenangkan bagaimana untuk aku menerima kenyataan ini .. seluruh kepercayaan aku musnah ..
bagai hati yg dirobek2 halus ..

ya allahhhh besar benar dugaan dari mu



ya allah .. kuatkanlah hatiku ini ya allahhh ,
mampukah aku menerima ini ..
segala janji yg diluahkan musnah begitu sahaja .. mengapa ? sampai hati membuat aku begini ... dugaan ini terlalu besar .. adakah aku perlu bertahan lagi .. setelah selama ini aku memegang pada janji dan janji yg dilafazkan seperti tiada maknanya , semua itu demi untuk aku terus
melihat wajah2 kesayanganku ..
ya allahhh apalah yg harus aku lakukan ??? bagaimana
@ haruskah aku teruskan ???




Dalam kehidupan harian, pasti kita semua berhadapan dengan bermacam-macam masalah. Masalah kerja, maalah business, masalah cinta, masalah dalam persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya.

Masalah yang kita hadapai samada akan membuat kita jatuh atau bangun semula, sebenarnya bergantung kepada bagaimana cara kita menghadapinya. Through obervations and understanding of life’s obstacles and Allah, I’ve analyzed the following (someone’s gotta make me stop analyzing things hehehe my poor brain) :-

  • Allah menurunkan masalah seolah-olah seperti MENGARAHKAN kita supaya berubah. Sesuatu permasalahan itu umpama api yang membuat kita merasa panas. Oleh itu, kita tidak akan senang duduk untuk menghilangkan rasa ‘panas’ itu. Lalu kita sentiasa berfikir dan berikhtiar bagaimana untuk menghilangkan ‘kepanasan’ tadi untuk memperolehi keadaan yang sejuk dan normal. Kita bermotivasi untuk membuat perubahan dalam hidup. Ia juga satu cara dimana kita kerap memberikan perhatian dan meminta pertolongan dari Allah swt. Nyatalah bahawa permasalahan itu mempunyai hikmah agar kita terus mencuba, tidak berputus asa dan menyarankan kita agar selalu mengingati dan memohon daripada NYA.
  • Allah menurunkan masalah untuk MENGUJI kita. Kemampuan kita tidak akan diketahui jika tidak diuji. Sama seperti murid-murid disekolah, setelah bertahun-tahun menghadiri kelas, jika tidak menduduki peperiksaan atau ujian, tidak akan di ketahui tahap kemampuan masing-masing. Begitulah juga dengan kita, sesuatu ketika dan waktu, Allah akan menurunkan masalah untuk menguji tahap kemampuan kita. Kelemahan aqidah akan membuat kita putus asa dan sesat. Tetapi kekuatan iman dan minda akan menaikkan kita ke taraf yang lebih tinggi.
  • Allah menurunkan masalah untuk MELINDUNGI kita. Contohnya – seorang sahabat telah diberhentikan kerja kerana tidak akur pada arahan ketua jabatan nya. Walhal ketuanya itu menjalankan perniagaan aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Tidak lama selepas itu, ketuanya itu telah dipenjarakan atas kesalahan jenayah komersial, manakala syarikat tersebut telah dipaksa untuk berhenti operasi seketika. Tidak kah kejadian ini suatu hikmah dimana ia telah melindungi sahabat kita tadi dari kemungkaran? (yakni sumber pendapatan haram).
  • Allah menurunkan masalah untuk MENYEMPURNAKAN kita. Bila kita menangani masalah dengan cara yang positif dan betul, secara tidak langsung, ia membentuk dan memperbaiki nilai diri kita. Ia membina character dan peribadi kita positively. Kesengsaraan membuatkan kita cekal dan tekun mencari penyelesaian. Ketekunan tadi menimbulkan ketahanan diri dalam menghadapi ujian hidup yang berikutnya. Dan ketahanan diri itu pula menimbulkan sebuah pengharapan …… harapan yang tidak akan mengecewakan. Insha’allah.


ps : dah x der mood ... sok , lusa aku bercuti .. entahlah sebelum nie perasaan berkobar2 nak bercuti dgn anak2 .. tapi skrg , di ketika ini perasaan itu dah lari jauh dari ku .. huhuhuhu walau bagaimanapun .. aku nak ucapkan terima kasih buat teman2 yg sudi memberikan kata2 perangsang buat aku .. andalah yg menguatkan aku .. dan ingin ku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI kepada yg beragama hindu .. selamat bercuti kepada yg lain2 .. berbahagialah anda semua .. :(


24 comments:

  1. aduaaii nape ni uols...walaupun weols tak tahu ujung pangkalnye..hope uols tabah menghadapi dugaan dari ALLAH swt ye..ingat!! setiap kejadian berlaku ada hikmah yg kita tak tau...

    ok bebeh!! senyum... :)

    ReplyDelete
  2. salam kak...


    apa yg akak tulis tu...mcm pernah g alami satu masa dulu.....semua terserah pd diri kita snediri kak...org lain mungkin lg bg pendapat...but in the end..kita yg pelu fikirkan...dan buat keputusan utk diri kita....G tatau apa masalah akak...tp walau apapun.....berat mana sekalipun....kita kena kuatkan diri....Ujian Allah takkan pernah berakhir....maybe betul dia menguji utk menunjukkan sesuatu kpd kita...cuma kita yg pelu buka mata seluas2nya...apa yg Dia mahu sampaikan pd kita....

    sabar ya kak..dan kuatkan diri....

    ReplyDelete
  3. hazesuze ~ thanx dear .. amat hargai .. :) insyaallah ieda akan hadapi dgn kuat .. walau jauh disudut hati ini , ieda dah putus harapan :(

    ReplyDelete
  4. ogy ~ hai dear .. tkasih atas ingatan & semangat ini .. akak cuba lalui walau jauh di sudut hati ini akak dah x mampu sebenarnya .. akak percaya dugaan allah buat akak x kan berakhir .. akak akan terus berdoa walau ianya pahit utk ditelan ..

    hanya semangat anak2 yg membuatkan akak bertahan sehingga waktu ini .. tapi air mata ini terlalu murah .. ingatan ini terlalu terang buat akak utk memadamkannya .. :(

    ReplyDelete
  5. Akak.. Be strong.. Like people always said, Allah takkan uji kita kalau DIA tau kita tak kuat nak hadapinya.. InsyaAllah.. You can get thru this.. :)

    ReplyDelete
  6. kak, kalau saya dalam keadaan macam ni..saya akan menyendiri seketika. menangis sepuas²nya. lepas tu saya bangkit balik. anggap semua dugaan itu adalah cara untuk kita jadi lebih matang. orang kater pengalaman tu berharga..so jangan persia²kan apa yang kiter tempuhi.

    kalau kiter rasa kiter insan paling malang. ada lagi orang yang lebih malang kak. amik semua ni sebagai motivasi diri untuk terus kuat di masa hadapan. take care kak.

    ReplyDelete
  7. beb walauapapun terjadi terjadi think of urself & family first...aku tak taula tekaan aku ni benar atau tidak apapun jgn kerana menjaga hati diri sendiri yang merana...apapun mohonla padaNYA insyallah ada hikmahnya tu sabar yer

    ReplyDelete
  8. Manusia ni Dik sentiasa mengeluh....bersyukurlah..sebab we still have each other to care & comfort...one another....thats the least a friend & a sister could do for you!Be strong....as you have been!Take care....if you need a shoulder to cry...I will lend you my ear...!

    ReplyDelete
  9. kak, bawak bersabar kak yeak...semoga semua akan kembali okey dan baik2 sahaja...doa yg terbaik utk diri akak dari lieya.....

    kuat ye kak~

    ReplyDelete
  10. farhana ~ thanx dikk .. insyaallah akak akan be strong sbb anak2 .. kalau bukan kerana anak2 sure akak dah mengalah dan mengeluh :(

    ReplyDelete
  11. mummyshafie ~ yerlah dikk .. puas sudah mengalir ari mata .. pernah bernekad dlm ati x mahu lagi menangis dan dia eprnah berjanji tidak akan ulanginya lagi .. tapi akhirnya akak tewas juga ..
    akak benar2 berharap akak tidak lagi dikecewakan kerana air mata ini sudah kering .. mgkin dugaan ini allah nak tunjukkan sesuatu , tapi akak x tahu apa .. akak masih mencari ..

    tkasih sekali lagi dikk :)

    ReplyDelete
  12. posh ~ thanx beb .. u always wiff me .. i know that .. insyallah beb .. kerana anak aku x akan buat keputusan yg menghancurkan anak2 aku .. selagi aku termampu .. aku akan teruskan walau pun perit .. :( insyaallahh ...

    ReplyDelete
  13. kak watie ~ oh kak sungguh ieda terharu .. thanx alots kak .. I know that kak .. u will ..
    insyaallah kak .. selagi ieda berdaya ieda akan bertahan .. bukan mengeluh tetapi meratapi dugaan yg allah berikan ini kerana sudah sampai masa terasa diri ini dah x mampu menerimanya ..
    tapi bak kata akak I still have my family ( mom , da etc sisters ) sure ..

    insyallah kak doakan yg terbaik buat ieda kak ..

    ReplyDelete
  14. lieya ~ thanx dikk .. doakan terus yg terbaik buat akak ya dik .. tkasih kerana uols dan lieya amat2 memahami ..

    semoga derita , perit dan arimata ini x akan berlanjutan .. akak berdoa agar ada cahaya yg menerangi kesedihan hati ini ..

    ReplyDelete
  15. sy tau akak kuat.... mari kite jalan ke depan sesama... mengharap ceria

    ReplyDelete
  16. Salam my dear..

    Akan terasa jua kesayuan di hati..
    Namun apa yg termampu olh akak..hanyalah kata perangsang agar ieda kuatkan hati utk menempuhi dugaan dariNya jua......
    Sabar ya dik...

    ReplyDelete
  17. bedah ~ huuuhu dikkkk tkasihhh .. akak juga mengharapkan ceria semula .. aminnnnnn :)

    ReplyDelete
  18. kak kartini ~ huuh kakkkkkkkkk .. tkasih kak ... doakan ieda terus tabah kak .. ieda cuba hadapai ini dengan kuat .. walau hati dan perasaan ini tidak dpt menahan lagi seperti air mata yang mengalir derasa ..

    ReplyDelete
  19. Be strong kak aeida..setiap cubaan itu ada hikmahnya...win harap kak eida dapat mengharungi semuanya,walaupun terlalu pahit.All the best 2 u akak

    ReplyDelete
  20. win ~ thanx a lots dikk ... really apreciate aal the advice .. insyaallah dikk walau pahit dan berdaya sekalipun akak harus teruskan demi masa depan anak2 kann :) doakan utk akak yaa dik :(

    ReplyDelete
  21. salam kak..smga tabah ye kak hadapi ujian dari allh..

    ReplyDelete
  22. kak, walaupun tak tau detail masalanya, harap akak kuat semangat seperti sebelum2 ni. betul, setiap orang ada masalah sendri, cuma level seriousnya masalah tu cara kita mengahndle masalah berbeza. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    *hugs*

    ReplyDelete
  23. farra ~ ye dikk .. tkasih banyak2 .. akak hargai itu :)

    ReplyDelete
  24. adia ~ thanx dikk .. akak akan cuba atasi dgn tenang .. skrg punn akak cuba hadapi dgn tabah . kuatkan semangat demi anak2 ..
    kalau namanya ibu .. anak2 memang bergantung harap dgn kita kan ... huhuh

    thanx for the hugs .. :))

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...