Friday, November 5, 2010

Akhirnya Berpisah & Bercerai

salam semua .. dan selamat bercuti ..
waaa musti seronokkan bila masuk minggu cuti2 nie .. hari nie hari deepavali .. hari yg melambangkan cahaya bagi kaum india .. selamat menyambutnya bagi yg
beragama hindu ..


musti terperanjat baca title post aku hari nie kan .. huhuh nie sape yg berpisah dan bercerai nie .. , jgn fikir buruk2 ok .. jgn risau .. bukan aku yg pastinya !! ( minta dijauhkan selagi mampu ) insyaallah selagi ada daya ak
u bertahan dlm apa jua masalah aku akan cuba bertahan dan hadapinya dengan kuat dan tabah .. demi anak2 .. suami yg amat aku cintai .. insyaallah mohon allah beri peluang kepada hati ini menerima dugaan dari allah dan sedaya upaya aku akan cuba atasi ..

thanx soo much pada teman2 blog tersayang .. adik
2 .. kakak2 .. anda semua amat bermakna kerana tanpa nasihat2 kalian x mungkin hati ini terubat .. luka ini dpt di ubati .. dan buat anak2 yg sentiasa memahami ibu .. tkasih sayang ..
kaulah ratu hatiku !!


ok back to the topik ari nie .
SAPE BERPISAH ? SAPE BERCERAI ?
nieee
haaa aku baru bukak my gosip dot com tadi haa terperanjat baca gosip terbaru dari artis2 kita .. diantaranya
adalah


Saida sudah menfailkan penceraian dengan suaminya



Semakin hari semakin ramai artis Malaysia kita yang bercerai berai.. terbaru, Siti Norsaida Tarudin yang lebih dikenali sebagai Saida AF6 yang juga kakak kepada diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah menfailkan permohonan untu
k bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.. Saida sudahpun menfailkan penceraian pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah..

Kes penceraian Saida sudahpun disebut dihadapan Hakim Syarie pada hari selasa yang lalu dan kes ini akan disebut semula pada 20 Disember tahun ini bagi membolehkan kedua-dua pasangan mencari jalan penyelesaian atau mengekalkan keputusan untuk bercerai…

Menurut Saida, Permohonan penceraian ini berpunca daripada Tiada kesefahaman lagi diantara mereka berdua dan perkahwinan yang dibina selama 14 tahun itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.

Hasil perkahwinan Saida dan suaminya, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Siti Nurunnyssa (13), Anas (11), Khalid (7), dan Siti Nurul Mashitah (4)…


Nabil dan Irma Hasmie putus cinta juga akhirnya


Nabil raja lawak yang sebelum ini menyatakan hubungan dia dengan Irma Hasmie masih seperti biasa nampaknya hanyalah propa semata-mata bagi mengelakan diri dari diterjah setelah gosip mengenai hubungan mereka berdua sudahpun berakhir muncul.. Dalam berita Harian hari ini Irma Hasmie akhirnya telah membuat kenyataan yang hubungan percintaan dia dan Nabil raja lawak sudah pun berakhir…

Dalam kenyataan tu juga Irma ada menafikan yang dia terlibat dengan aktiviti menerjah rumah Nabil bersama perempuan lain.. namun enggan mengulas lanjut akan kesahihan kejadian tersebut.

Opsss.. Mesti korang tertanya-tanya aktiviti menerjah apakah itu?.. buat sesiapa yang masih tak tahu.. sebelum ni ada gosip gosip panas yang mengatakan Irma dan kawanya berjaya menerjah Nabil bersama seorang peramugari pada pukul 4 pagi di kondo Nabil sendiri… Peramugari tersebut dikatakan hanya memakai t-shirt tanpa coli dan boxer sahaja.. Nampaknya kesahihan gosip ni masih lagi menjadi tanda tanya apabila Irma sendiri enggan mengulas lanjut kejadian ni…

Namun sama ada benar atau tidak gosip tu.. Hubungan percintaan Nabil raja lawak dan Irma Hasmie sudahpun berakhir.. Adegan terpeluk dan perancangan untuk berkahwin kini hanya tinggal kenangan sahaja..


ps : heheheh kalau irma & nabil putus nie .. aku suke sbnrnya .. huhuhu rasa cam mereka x serasi jer .. x der camestri .. lagipun mereka lum kawin layie kan .. soo x salah kalau ada yg cakap x sesuai kan hehehe .. tapi kalau saida bercerai nie .. memang aku sedihhh dah lama woo mereka kawin dah 14 tahun .. apa lagilahh yg x der persefahaman tuu .. x fikirkan anak2 ker .. minta kita dijauhka dgn semua ini .. mohon allah tetapkan hati kita dan selalu fikirkan anak2 kalau nak buat keputusan kann .. aminnnnn huhuhu sedih2 ..

19 comments:

  1. Sayangnya Saida dan hubby. Anak ramai dah tu :-(
    Nabil dan irma tu xper still cintan cintun. Leh cari yg terbaik lg...

    ReplyDelete
  2. sedih dgn perceraian Saida....:(

    ReplyDelete
  3. sayangkan saida dan suami tu...moga moga dijauhkan dari kita

    ReplyDelete
  4. Hmm..sayang perkahwinan yg dibina 14 tahun boleh runtuh..Hopefully ada laa jln penyelesian iye laah kesian kan laa anak2 tuh..

    Nabil & Irma tuh elok laa tuh..Irma carik je laa org lain..

    ReplyDelete
  5. Yang kesiannya pasti anak-anak.. Hmmmm..

    ReplyDelete
  6. tu la masalahnye bila dah terlibat dlm dunia glamer & x pandai menjaga batas2....yg jd mangsa anak2...sedih la

    ReplyDelete
  7. salam dear..:)

    ..bila tiada jodoh...begitulah kan..:(

    ReplyDelete
  8. Ceh buat suspen je. Nabil tu kena muhasabah asyik cari duit. Kekasih pun tinggalkan

    ReplyDelete
  9. umi dania ~ hehheh aah nabil & irma x perkan .. kalau said tuu kasihan anak2 huhu

    ReplyDelete
  10. ninies ~ hai ninie .. lama tul x jenggah ieda yerk .. aah sedih jugak sbb mereka dah lama kawin 14 thn uu :(

    ReplyDelete
  11. zarin ~ aah dikk .. monta dijauhkan .. selagi kita mampu bertahan kann :)

    ReplyDelete
  12. rinna ~ aah kasihan anak2 .. dah lama tul mereka kawin kan rinna .. apa lagi yg mereka x serasi tuu .. kalau baru2 tuu lain lah kann :(

    irma cari yg lain udah erkk :)

    ReplyDelete
  13. farhan Dr ~ yer lah dik .. kasihan anak2 kann :(

    ReplyDelete
  14. ina ~ hermm artis ker org biasa ker sama jer dik .. kalau x pandai jaga diri .. kita org biasa punn pasti bercerai berai .. beza mereka2 nie artis , selalu mereka ini adalah edola masyarakat .. :(

    ReplyDelete
  15. kak kartini ~ yes kak .. kalau dah x der jodoh begitulah .. tapi sblm itu terjadi kita kena selalu ingatkan diri buat yg terbaik .. jgn cepat salahkan takdir .. :(

    ReplyDelete
  16. azrin ~ hahahah suspen dikk .. heheh ermm rasa cam mereka berdua nie x sesuai .. birlah masing2 cari haluan sendiri .. :)

    ReplyDelete
  17. sy pn mcm setuju jek nabil & irma x together²..hehe~

    tp yg saida tu..alahai..btol la apa sis ckp, dh 14 thn apa lg la yg tak sefahaman??hehh~ mtk dijauhkan dari masalah cera berai ni..astaga~ =_=

    ReplyDelete
  18. teringat ms zmn saida msk AF, dia ckp dia rindu kt ank2 n suami n xbole concentrate nk nyanyi...skang BERCERAI le plak...ye lah...jodoh dh habis

    ReplyDelete
  19. kalau boleh kalau ada masalah ni bincang la elok2..jgn sampai bercerai kesian kat anak2..tp kalau dah itu je jln penyelesaiannya nak buat mcmanana kan?..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...