Sunday, October 17, 2010

ikan puyu utk elakkan SANTAU & TOYOL

salam bersiaran di hujung minggu kawan2 ...

ok ari nie aku nak cerita sikit , dlm bulan syawal aritu , ada 2 hari hujan turun dengan lebatnya di kg aku .. masa tuu hubby amik peluang menyagut ikan puyu iaitu ikan kegemaran dia di paya belakang umah atuk kami .. selalunya hubby tangkap untuk dihidang bersama keluarga , tapi kali nie dia bukan ambil utk dimasak , tapi berniat utk diperlihara , cantik2 katanya besar dan dia berminat , so aku suggest kat dia utk beli aquarium dan diletakkan dirumah kami .. ape lagi , kami anak beranak ke kedai ikan petang tu .. beli aquarium , hiasan2 dalaman .. xcited betul aku nie .. yerlah aku pun minat pelihara ikan nie ... specially ikan PUYU yg memang bagus dan berfaedah utk kita pelihara di rumah .. .

Petang tu hubby dpt 5 ekor ikan puyu .. dia cakap , dia tangkap pakai tangan jer .. sbb masa tu air laju , ikan banyak yg melompat2 .. soo main tangkap ngan tangan jer .. heheh well mr hubby memang pakar dlm hal2 mcm nie .. org kg lah katakan heheheheh

Buat masa skrg , aquarium nie kami letakkan diumah mak di kg , x berkesempatan lagi utk bawak balik umah kami di ktn , kata ummi sayang pulak nak bagi kat aku .. upsssss dia nak pelihara jugak .. heheheh jadi aku dah bincang nak bagi kat ayah aku dlm sekor dua .. jadilah kan .. kebetulan hari yg sama , hubby dpt anak2 ikan sepat pulak .. boleh dibuat teman ikan2 puyu tuuuu ... oklah
layan jer pic2 nie .. :)


aquarium nie , kami beli siap ngan lampu ,
kos semua sekali dlm rm 100 shj .. siap dgn motor


haaaa , nie anak2 ikan sepat , cantik kan .. ikan puyu tidak boleh dilettakkan dgn ikan2 lain selain ikan sepat dan beberapa2 ikan lain ( dari sungai )
sbb ikan puyu nie garang ...



ikan puyu ....


KELEBIHAN IKAN PUYU

Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.


Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur.

Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air


Kes Benar : Ikan Puyu

Ini kes agak baru. Kes ni mmg percaya 80% kerana pencerita sebenar ialah kawan arwah bapak yg agak warak orangnya. Beliau adalah seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor.

Kes ini melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.

Walllahualam


sumber : ehoza.com



ps : arinie petang aku nak buat cenkodok udang , anak2 request , nak bawak makan di taman ikan di taman BANDAR , insyaallah .. lepas nie banyak kain nak lipat huhuhuh , lepas lipat kain baru lah goreng jemput .. x sabar nak makan cicah sos .. yumx3 ... :)







15 comments:

  1. Ya la kak..sue pun pernah dgr gak pasal keistimewaan ikan puyu ni...

    Lagi pun ikan puyu ni tahan lasak..ssh nak mati mcm ikan2 yg lain tu..senang gak dibela..Cuma..kena rajin cuci la..sbb akuarium cepat kotor.

    ReplyDelete
  2. org dulu2, mcm rmh nnk mmg ada bela ikan puyu ni kan..sedap tu kak, wat cekodok, buh ikn bls..cicah sossss.... sehdapppp

    ReplyDelete
  3. lin pun dengo mcm tu...katanye ikan puyu bole membantu dlm mengelakkan hal2 sedemikian berlaku

    ReplyDelete
  4. salam ...
    hmm memang kepercayaan orang2 lama bahawa ikan puyu boleh elakkan santau dan sihir - sama juga dengan menanam tumbuhan berduri ... ikan puyu punyai duri yang perghh kalau kena kat tangan ... denyut jugak.

    ReplyDelete
  5. parents aku pun advice bela...bukanla percaya...tapi dgr kata kalau org nak buat black magic kat kita...tak jadi tapi mungkin kene kat ikan...wallahualam

    ReplyDelete
  6. umah sy ada ikan puyu..tp org kata bagus belanya..tp sy pernah bela ikanmpuyu tp ikan tu mati..adakah sbb dia melawan kuasa sihir smpai dia mati?

    ReplyDelete
  7. penah dengar jugak kelebihan ikan puyu nie...

    ReplyDelete
  8. sue ~ aah dik kena rajain cuci sbb air tawar x sama air masin .. dia ada klorin kan .. setakat nie hubby lah yg rajin heheheh

    ReplyDelete
  9. farra ~ yer dik .. semua org dulu2 cite .. tapi ada benarnya kan ..
    jemput makan dikk :))

    ReplyDelete
  10. hasrul ~ aah semua nie dari kepercayaan org dulu2 tapi semua boleh diambil kira logik dia .. dan tumbuhan berduri punn ieda pernah dgr ..

    ReplyDelete
  11. posh ~ yes beb .. tapi bab sihir terkena dekat ikan tuu , den x biasa lak dengar .. :)

    ReplyDelete
  12. hanim ~ haaa yg mcm tu akak x pernah dgr lagi dik .. sbb setakat ini , akak selalu dgr dia hanya membuatkan sihir tu x menjadi .. tu ajer :)

    ReplyDelete
  13. KLau Ikan sepat camana plak Kak , Ikan puyu bole campur x ngan Ikan mas

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...