Friday, October 15, 2010

Dimana harga seorang wanita?

salam semua ...
ari nie aku terbaca artikel ini dan ingin kongsikan disini bersama teman2 ... sungguh mengharukan .. semoga ianya jadi panduan dan renungan buat kita sesama insan yg bernama "WANITA'



Di lubang hitam yang penuh kegelapan, berperwatakan seperti haiwan peliharaan, dijadikan simbol kerakusan syahwat kebinatangan, hamba kepada kerakusan binatang yang bertopengkan lelaki...

Begitulah mungkin yang dapat saya gambarkan, tentang nilai dan harga diri wanita sebelum kedatangan Islam.
Pada masyarakat jahiliyah, wanita merupakan sasaran penipuan dan kezaliman. Hak haknya dimakan, harta hartanya dirampas serta hak pewarisan pun dihalang. Bayangkan, setelah mereka diceraikan atau suami meninggal, maka mereka ditegah untuk berkahwin semula. Wanita juga dapat diwariskan sebagaimana halnya barang perhiasan atau barang tunggangan yang dapat diwariskan (As-Sirah An- nabawiyah, Abu Hasan Ali An Nadwi)

(gambar hiasan)

Aduh, sangat dikasihankan. Wanita ketika itu cuma menjadi simbol seks sahaja. Mangsa kerakusan lelaki. Untuk itu diciptakan pelbagai undang undang yang menjatuhkan harga diri wanita.

Cara berpakaian?, wanita jahiliyah memakai pakaian yang menampakkan dada dada mereka. Perkahwinan?, hanya simbolik sahaja, siapa sahaja boleh mendatangi de
ngan keizinan suami. Hak pewarisan?, wanita boleh diwariskan kepada anak suaminya untuk diperlakukan sewenangnya. Barang dagangan?, ya wanita menjadi barang dagangan untuk diniagakan, bahkan menjadi hadiah kemenangan. Wanita ketika itu di EKPLOITASI kan habis habisan kerana sifat kewanitaan mereka.

Lalu Islam datang menerjah, menghapu
skan ekploitasi kepada wanita. Martabat wanita diangkat setingginya oleh islam. Maka dihapuskan segala sistem sistem yang merendahkan wanita. Anak tidak dibenarkan berkahwin dengan ibunya, baik ibu tiri, ibu saudara maupun mertua. Dijelaskan secara terperinci tengtang siapa yang dibolehkan untuk dinikahi

Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu ibumu; anak anak perempuan; saudara saudaramu yang perempuan; saudara saudara bapakmu yang perempuan; saudara saudara ibumu yang perempuan; .............( An-nisa' 4: 23
)

Bahkan Islam mengangkat golongan hamba dari kalangan wanita. Hamba wanita pun tidak dibenarkan islam diperlakukan sewenangnya, bahkan diminta untuk dinikahi secara sah dan diberikan mas kahwinnya. Islam benar benar membalik persepsi masyarakat secara frontal dengan cara ini. Lihat ayat di bawah

Dan barangsiapa diantara kamu (orang mer
deka) yang tidak cukup penghasilannya untuk mengahwini wanita wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengahwini wanita yang beriman dari budak budak yang kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu, sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain, kerana itu kahwinilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah mas kahwin mereka menurut yang patut.....( An-Nisa' 4: 25)

(gambar hiasan )

Kemudiannya, Islam mengangkat martabat wanita lagi dengan menggariskan tatacara berpakain. Mereka ditegah memakai pakaian yang menampakkan dada, pakaian yang merendahkan maruah mereka sebagai wanita. Diminta kepada wanita wanita memakai tudung sehingga ke paras dada, dan hanya dibenarkan nampak kepada orang orang tertentu sahaja. Suami, adik beradik, ibu bapa dan lain lain. Dengan ini, wanita benar benar rasa diangkat martabat mereka, daripada seorang yang tidak punya harga diri dengan mendedahkan tubuh sebelum ini kepada setinggi tinggi harga diri, dimana kecantikan luaran mereka hanya dapat dilihat oleh kerabat terdekat sahaja, dan 'keistimewaan' mereka hanya dapat dinikmati oleh seorang suami yang sah

....dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan jangnlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau.......( An-Nur 24: 31)

Maka jadilah wanita dari hanya menjadi simbol seks kepada simbol kesucian harga diri. Daripada diekpoitasi keistimewaan mereka kepada penghargaan yang tinggi.

Namun, amat dikesalkan kini.

Wanita sekarang seolah olah mahu kembali kepada zaman Jahiliyah. Ketika Islam mengangkat martabat dan harga diri mereka, mereka pula mahu merendahkan dan menjatuhkannya.

Wanita sekarang telah menjadi simbol seks kembali, bahkan diekpoitasi untuk kewangan.
Kebanyakan wanita kini lebih suka mendedahkan auratnya, mempamerkan kecantikannya untuk dijadikan bahan tontonan umum dan kemudiannya merasa bangga andai 'harga dirinya' menjadi bahan perbualan lelaki. Perempuan perempuan yang sempurna auratnya dikatakan kolot dan tidak bertamadun.

Lihat saja iklan iklan di sekitar kita, pasti ada gambar perempuan untuk melariskan produk perniagaan. Iklan kereta!, Iklan tilam!, iklan sabun!, iklan syampu!, iklan motosikal!, dan pelbagai lagi jenis iklan yang mengekploitasi kaum wanita untuk tujuan kewangan

Lalu, dimanakah harga seorang wanita?

Apakah setelah islam kembali mengangkat harga diri wanita, kini kita berusaha untuk menjatuhkannya semula.



ps : renung2kan lah adakah kita wanita diakhir zaman .. cubalah kita perbaiki diri kerana kita masih sempat .. jgn tunggu sampai x sempat .. meremang bulu roma aku membaca artikel ini .. t.kasih kepada artikel pena mujahid ...



4 comments:

  1. betul tu kak..zaman skang wanita dijadikan simbol seks dan di exploitasi sana sini..eli yg penah join acara photoshoot utk kelas fotografi, kdg² rs sedih tgk pompuan (model) yg sexy ni, duk tayang body masing²..nasib la cina hehheh tp stil rs x best la sbb kita pun pompuan..rs mcm maruah jatuh giler je posing cenggitu

    ReplyDelete
  2. semakin mendekati akhir zaman semakin kita kembali pada kehidupan zaman jahiliah kan kak
    nauzubillah....

    semoga allah merahmati kita

    ReplyDelete
  3. eliz ~ yer lah eliz .. akak kesal sgt lately nie banyak sgt kisah x menarik tentang wanita .. seksi & jahil sungguh kaum ini skrg .. mcm mana nak perbetulkan kalau dari akar umbi x betul huhuh

    ReplyDelete
  4. zana ~ yer zana dunia akhir zaman , harap kita bukan dlm golongan itu kan .. semoga allah sentiasa lindugi kita dan pelihara diri kita hingga ke hujung nyawa ...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...