Saturday, October 16, 2010

Benci ! Adakah Patut Kita Maafkan Mereka

salam semua .. petang2 mcm nie aku buka paper online .. terbaca berita terbaru pasal kes bunuh kejam Datuk SL .. erghhhh siappp mohon maaf lagi kat keluarga mangsa dan "RAKYAT MALAYSIA " sooo rakyat mesia .. nak maafkan atau tidak ???

pada aku lah marah tetap marah .. benci tetap benci pada perbuatan yg tidak ada hati perut ... tapi bila difikirkan2 ada faktor yg mendorong mereka berbuat demikain kerana mereka2 ini tidak GILE .. jadi mereka buat kerana terpaksa dan terlalu taksub dengan MAJIKAN .. aku memang x dpt terima setelah kita tahu betapa siksanya kematian arwah SL dan rakan2 ..
tapi lama kelamaan kita harus maafkan mereka kerana sedangkan org melayu dan ISLAM sanggup buat perkara keji inikan pula org bukan islam .. jadi , x salah memafkan mereka yg telah insaf TETAPI maaf setelah mereka mendapat pembalasan dan hukuman !!!!


'Kami mohon maaf, kami sudah insaf'



BANTING: Sambil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia, dua pekerja ladang mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham MohammadDengan wajah tenang, K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap pertuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar mayat dan membuang abu mayat keempat-empat mangsa bagi mengelakkan tertuduh utama dalam kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu.

Ketika diberi peluang bercakap, Sarawanan dan Suresh dengan nada perlahan dalam bahasa Tamil memohon maaf terhadap perbuatan mereka sebelum diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

“Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya. Saya sudah insaf,” kata kedua-dua tertuduh.

Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.

Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.

Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.

artikel lanjut disini


ps : biarlah kejadian ini menjadi ikhtibar kepada semua rakyat malaysia , disebalik perangai seseorang itu terselit syaitan yg sentiasa menjadi raja kepada HATI yg LEMAH .. berwaspada dan ingat selalu kepada ALLAH , insyaallah kita akan sentiasa dilindungi olehnya .. dan AJAL MAUT KETENTUAN ALLAH .. cuma kita mampu berdoa agar kematian kita didalam tenang dan sempurna .. insyaallahhh , TAKZIAH buat semua ahli keluarga Datuk SL & teman2 ..







10 comments:

  1. Salam dear:)


    sememangnya tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan keluarga2 terdekat...sedangkan kita yang tiada pertalian apa2 ini terasa membuak terkilan & marah dgn kejadian sadis ini...

    Moga roh mereka di tempatkan di kalangan mereka yang beriman...Amin.

    ReplyDelete
  2. kak kartini ~ yer lah kak .. marah dan hampir berdendam .. kalau dpt dibunuh mereka2 nie mauuu buat tuu .. tapi kita tetap pada landasan yg betul , kita ada undang2 .. doakan sahaja banyak2 utk arwah mereka kann kak .. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ceit...dah bunuh org senang2 je cakap dah insaf...bukan boleh kembalikan nyawa balik!! Geram betul la...

    ReplyDelete
  4. dasattt oo bunuh org. ketegori gila apo...

    ReplyDelete
  5. kalau betul2 insaf takperla jgn dok ulang lagi sudah...tp siapalah kita untuk mereka....hukum tetap hukum

    ReplyDelete
  6. eynda ~ yer .. senang2 nak minta maaf , masa buat x sedar koot , dah ditangkap baru sedar perbuatan tuuu ... sayang

    ReplyDelete
  7. ieda ~ ehheheh yer dikk kategori gile tapi mereka tak GILE ..

    ReplyDelete
  8. posh ~ yer lah beb , kita harap mereka benar2 insaf , dan takut kalau mereka berdendam dgn keluarga yg tinggal .. harap tidak , kalau ya .. aku nak kerajaan jalankan hukuman yg benar2 berat !!

    ReplyDelete
  9. spatutnya dikenakan hukuman yg stimpal dengannya...

    ReplyDelete
  10. zura ~ yes dik .. akak setuju sgt2 .. :))

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...