Saturday, August 21, 2010

Tidak Wajib Kaum Wanita Solat Terawih


salam semua .. nak perjelaskan disini sedikit fakta yg kuperolehi dari laman hambamu rabbi .. thanx sbb sharing ya .. ramai yg diantara kita yg cakap solat terawih wajib dan harus bagi kaum wanita .. ermmm bukan wajib , ia hanyalah sunat sahaja .. dan lebih afdal kalau di buat dirumah sahaja .. kalau tanpa persetujuan suami lagilah kita x leh pergi .. bagi aku buat kat rumah ker kat masjid ker samer jer .. janji hati tuu mahu ikhlas dan buat secara tawadduq .. kalau ada masa dan tidak sebuk dgn anak2 pergi lah .. kalau tidak , x yah buat .. buat kat umah punn ok .. :)



Solat tarawih tidak diwajibkan ke atas kaum wanita dan tidak juga bagi lelaki. Bahkan hukumnya sunat dan mempunyai kelebihan yang amat besar di sisi Allah ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu.” Barangsiapa yang solat tarawih dengan kekhusyukan, ketenangan, keimanan dan penuh pengharapan, solat subuh tepat pada waktunya maka dia telah mendirikan ramadhan serta berhak mendapat ganjarannya. Ini merangkumi lelaki dan wanita seluruhnya.

Kecuali solat wanita di rumah adalah lebih baik daripada solat di masjid selagimana tidak ada tujuan lain selain solat seperti yang telah disebutkan tadi. Terutamanya pada zaman sekarang apabila si suami tidak dapat memberi kefahaman ilmu kepada si isteri. Apatah lagi apabila kaum lelaki tidak dapat memberi peringatan dan pengetahuan kepada isteri mereka.

Ma
ka tidak ada cara lain kecuali masjid yang perlu dijadikan sandaran. Bagi keadaan ini mereka perlu merebut peluang ke masjid dan tidak ada masalah di antara mereka dan masjid. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai minat dan kesungguhan untuk solat tarawih berseorangan apabila berada di rumah, berbeza jika ia berada di masjid dan beribadat secara berjamaah.

Bagi wanita yang k
eluar dari rumahnya walaupun ke masjid, mereka perlu mendapat keizinan daripada suami. Suami ialah ketua rumah dan keluarga. Memberi ketaatan kepadanya adalah wajib selagi mana suami tidak mengarahkan supaya meninggalkan perkara wajib atau tidak menyuruh melakukan maksiat.

Dalam perkara ini isteri tidak perlu mendengar atau mentaati suami.
S
uami tidak mempunyai hak melarang isteri mereka ke masjid selagi tidak ada sebab halangan yang kukuh. Dinyatakan di dalam hadis muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu menghalang hamba(perempuan) Allah SWT dari masjid Allah SWT.” Perkara yang menghalang mestilah muktabar dari segi syarak.
Contohnya ketika suami sakit dan berhajat kepada isteri di sisi untuk menjaga dan memenuhi hajatnya. Atau pun mempunyai anak kecil yang mungkin merbahaya jika ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa ada orang memerhatinya. Itu a
dalah beberapa contoh perkara yang menghalang atau kesempatan yang diterima akal.



Jika anak-anak yang dibawa bercakap-cakap dan mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat dengan tangisan dan teriakan, maka tidak perlu membawa mereka bersama. Begitulah walaupun dibenarkan membawa anak-anak ketika menunaikan solat lima waktu kerana solatnya tidak lama, perlu dicegah lebih-lebih lagi pada solat tarawih dengan tempoh solatnya yang lama lebih kurang satu jam sehingga anak-anak tidak sabar dengan ibu-ibu mereka



ps : sedihh sgt tahun nieh x dpt berterawih .. asal nak gi jerk zahrien nangis nak ikut .. nak buat kat umah punn sama .. semayang asal lama sikit , zahrien dah melepekkk kat sejadah .. huhuhu ku harap adalah peluang ku untuk terawih di tahun hadapan huhuhu










10 comments:

  1. insyaallah ada...klu x pun akk tgu suami akk balik n bergilir le menjaga ank n akk mungkin dpt tunaikan terawih gak dgn aman

    ReplyDelete
  2. ermm linn bercuti tahun ni... dek kerana ado tentera tecik.. apapun sgt manis bertarawikh dibulan ramadhan

    ReplyDelete
  3. tu la kan.. ada masa terluang gigih jugak buat... sekali dua dapat dalam ramadhan ini pun dah bersyukur...

    ReplyDelete
  4. takpe la kak....buat kat umah pun jadi la kak....lieya ni pun payah...budak2 kecik lagi.....hubby jek gi masjid...

    ReplyDelete
  5. ina ~ tulah nak begilir x leh lah dik .. hubby kadang gi kadang x sbb mlm pun dia kerja .. kerja sendiri huhuh

    ReplyDelete
  6. ciklin ~ aah lah dik .. akak pun sama .. nampak gaya kena cuti jugak tahun nieh .. huhuhu

    ReplyDelete
  7. leen ~ hermm dpt jugak sekali dua buat .. ieda x dpt langsung sbb asal nak buat anak yg kecik tuu kaco .. last2 lepas isyak mengaji jerkk huhuh

    ReplyDelete
  8. lieya ~ aah dik .. dpt kat umah punn x per ... kalau bawa budak2 ke masjid samer jerk .. bukan nyer dpt semayang .. kalau kecik layie .. susah kita :)

    ReplyDelete
  9. betul..kena ada persetujuan suami klu kawin.

    ReplyDelete
  10. mia ~ aah dik .. kalau dah kawin sememang nya kalau nak gi terawih kena bersama suami atau dari persetujuan dia kann :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...