Friday, July 2, 2010

angah lemah , ibu redha


Seperti biasa aku ke sek hari nieh menghantar anak2 , nina btahu , ibu & ayah boleh ambil report card penggal 1 mereka . Aku terus ke kelas pra sek sabriena untuk berjumpa cikgunya .. sayu dan sedih bila melihat keputusan
peperiksaan penggal 1 sabriena .. sudah ku jangka , keputusan sabriena tidak lah sebaik mana .. malah masih lemah seperti yg ku jangkakan sebelum ini .
Aku redha , apalah yg boleh aku katakan dan luahkan kepada cikgu kerana cikgu riena sendiri mengakui riena lemah , cuma cikgu dia ada katakan pada aku supaya x putus asa utk terus tunjuk ajar riena .. kerana pada dia , prestasi pelajaran anak2 bukan bergantung 100% kepada tuisyen , cara kita mengajar @ pelajaran di sek sahaja .. tetapi bergantung juga kepada IQ pelajar itu sendiri , itu aku akui .. kalau kita x berusaha utk melancarkan IQ anak2 kita ..
" ibu tahu , anak ibu lemah .. riena kena terus tekun belajar , kalau riena nak jadi pandai kena selalu dengar dan hayati apa yg cikgu cakap , ibu hanya mampu tunjuk apa yg ibu termampu bantu .. riena sendiri kena rajin nakkk " riena hanya memandang ke arahku , dia seolah mengerti yg dia memang x pandai
" lemah" .. aku x mahu dia "upset" ..
itulah yg aku mampu lakukan, bersabar .. aku akan cuba sedaya membantu riena .. insyallahh walaupun hatiku sayu tapi aku kena kuat dan tabah sebagai seorang ibu , aku x akan tunjukkan kesedihan dan perasaan kecewa ini di depannya ..
perjalanan hidupnya masih baru ,
masih bermula dan masih jauh .. ku terus memujuk hati , ini baru penggal 1 , insyaallah akan lebih baik pada penggal seterusnya .. sambil mengesat air mata yg entah bila perlahan2 mengalir di pipiku ..
harapan ku hanya satu , siang malam , setiap waktu dan ketika supaya allah menerangkan hati anak2 ku untuk menerima pelajaran dunia dan akhirat .. semoga segala harapan dan doa aku ini , didengar oleh allah seterusnya merahmati dan meredhai perjalanan hidup mereka ..
( sambil berlalu membawa kereta ke tempat kerja )







ps : perasaan debar ini masih terasa kerana anak pertama aku nina belum aku ketahui keputusannya .. dlm kul 11.30 nanti aku akan ke sek sekali lagi .. apalah agaknya keputusan nina , harap2 tidak mengecewakan aku sgt2 .. huhuhuhu aper2 punn aku kena kuat , x semua anak2 boleh pandai dlm sekelip mata .. usaha itu perlu dari pelajar itu sendiri mahupun ibu bapa .. aku kena kuat .. apa jua sekalipun keputusan dari amanina aku kena bersedia , kerana ini baru permulaannya .. dan seperti riena perjalanan hidup nina juga masih jauh .. ... doa kan aku ya kawan2 ..



9 comments:

  1. mmg berat bg seorang ibu pabila mengetahui kptsn anaknya lemah @ byk E. merah je. sy juga faham pabila ada ibu yg x sgp mask berjumpa dgn sy pabile tahu anak dia masuk kelas pemulihan khas. Ni adalah lg tertekan,kak. Sbg guru, kte harap ibubapa take positive...bukan semua insan punyai kepintaran yg sama. Tp,bg mia se1 guru...yg ptg...biarlah ada kehendak anak utk belajar dgn guru mahupun ibubapa. Ble ada kehendak,maka selemah2nya pun anak didik itu,dia akan belajar dr hari ke hari. & yg ptg cikgu2x semua nak kan mereka jd insna berguna..hormat org tua.Byk murid sekarang pandai2x tp kurang hormat...dah belajar x beradab...buat pe ada murid camni, tp perangai ya rabbi...tuhan je tahu. saya syg anak didik sy yg bg org "slow learner" tp sentiasa ingin berjaya & hormati jasa ibubapa & guru.

    kak, jgn pts asa. jika akak dh cuba,pasti guru juga akan fhm...mgkn pd ms akan dtg,anak kte yg selemahnya itula yg membantu kte d ms yg tua...

    ReplyDelete
  2. salam...buat ibu angah... tak mengapa... kalau keputusan angah kurang memberansangkan.. ibu angah..mesti beri sokongan.. saya juga seorang ibu.. adakala mendengar kata kata dari guru guru.. tak banyak sikit tercalar juga perasaan..

    tapi menerima apa adanya anak anak..insyaAllah ..itu akan lebih memudahkan ibu angah...untuk lebih kuat dan terus berusaha membantu angah dalam pelajaran... senyum lah... demi anak anak... semoga di permudahkan segalanya..amin...

    ReplyDelete
  3. riena umo brapa kak?

    hurmm sejak 2menjak ni eli jadik malas nk ajar budak²..mcm nk mengharapkan pihak tadika je..rs nya eli kena start ngajar balik ni..riso lak bila baca keluhan akak..yela kan, kita xtau sejauh mana IQ anak kita..

    harap² result nina much better..xde la akak frust sgt nnt..

    ReplyDelete
  4. mia & ima ~ tkasih dik .. insyallah akak akan kuatkan hati dan tidak akan putus harap .. mengalir air mata tatkala membaca nasihat2 dan peransang dari adik2 sekalian , sayu hati kerana bukan mudah menjadi ibu bapa terutama sekali ibu .. suka duka , susah payah seisi keluarga dan anak2 itulah yg menjadi pikulan yg x terhingga beratnya ... insyaallah akak hanya mampu berdoa dan memujuk hati agar tidak putus asa .. tkasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. eliz ~ riena dah 6 tahun eliz .. bila tgk keputusan periksa dia , terdetik dlm hati adakah aku sudah terlambat .. tapi berkat peransang dan pujukan mak dan ayah akak .. akak redha .. dia masih kecil , kita x tahu penerimaan dia mcm mana ..

    akak dulu eliz mcm eliz jugak , mungkin kerana terlalu mengharapkan taska dan pusat jagaan mengajar anak2 sehingga lalai , jarang nak buar revision lebih ..
    harap2 keputusan yg akan dtg tidak akan mengecewakan akak ..

    ps : keputusan nina dah dpt , walau baik tapi tidak mengecewakan akak .. alhamdulillah .. :)

    ReplyDelete
  6. Hi Kak Ieda, hru doing dearie? Owh no, come'on dear, let's cheer up! Akak wait and see, Riena will excel in her studies one day. That day, U'll still shed tears, not bcoz U r sad, but happy n proud for her.
    Don't push her much, take it easy. With such a loving and caring mum beside them, ur kids will surely meet success! :D

    ReplyDelete
  7. love ~ thanx my dear love for the support .. i will .. I will dear .. to me insyaallah hope one day all ur advice will come true ..

    thanx again dear :))

    ReplyDelete
  8. akak pun amik report kad anak2 hari khamis lepas, prestasi ami makin ok, tapi siratu, lemah dalam matapelajaran BI, insyaallah akak akan cuba sedaya upaya akak ajar siratu BI, setiap ibu nak tengok anak2nya berjaya. insyaallah ieda makin dia membesar, makin pandai berfikir, insyaallah pelajaran pun ok, kita sebagai ibu sentiasa berdoa dan sanggup lakukan apa saja utk pastikan anak2 kita berjaya

    ReplyDelete
  9. mamasyaza ~ yer kak .. biler dia mengecewakan kita skrg , harap2 bukanlah selamanya .. sama2 lah berdoa gara anak2 akan membanggakan kita suatu hari nanti ..

    kita sebagai ibu yg paling dekat memang memerlukan kesabaran yg jitu .. huhuh

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...