Tuesday, May 11, 2010

BIJAK MEMILIH MAKANAN PILIHAN - spegetti pilihan kami ..


salam semua ...


Dalam kesibukan kehidupan seharian begitu mungkin anda tiada masa untuk menyediakan makanan. Apatah lagi jika anda tidur lewat dan tiada masa untuk bersarapan di rumah. Sarapan sangat penting untuk memulakan hidup anda. Disini ada sedikit info utk dikongsi bersama ... layannnnnnnnnnn


Jangan abaikan sarapan. Anda boleh sediakan sandwic pada sebelah malam: roti (gunakan roti wholemeal) disapu sedikit margarine, diberi isi telur rebus yang dihancurkan bersama potongan mentimun, daun salad, dan hirisan tomato serta dituang sedikit sos tomato atau sos cili. Sebagai pilihan lain boleh juga anda buat sandwic keju, atau sandwic sardin. Bawalah sarapan ini ke tempat kerja bersama minuman jus buah atau sirap limau untuk makanan seimbang. Sarapan ini akan memberi anda tenaga untuk beberapa jam.


Jika anda tiada masa membuat sandwic, maka pilihan yang terbuka ialah membeli sarapan. Pada zaman sekarang sarapan dijual di merata tempat: nasi lemak, mi hun goreng, mi goreng, nasi dagang, lontong, roti canai. Kiranya bahan santan dalam masakan akan membuat anda mengantuk, maka elakkan daripada membeli makanan yang mempunyai santan sebagai bahan masakannya.


Mungkin anda memilih nasi empit dengan kuah kacang. Kuah kacang ini mempunyai zat lemak yang tinggi tetapi kaya dengan magnesium dan zink. Apabila membeli mi goreng, pastikan makanan itu mempunyai sayur – sawi atau kobis – dan protein seperti daging, telur, dan kalsium seperti kerang, dan hidupan laut ( sotong, udang).


Ada masanya anda berasa lapar dan mahu makan snek atau sesuatu sementara menantikan waktu makan tengah hari. Jika anda makan nasi lemak sebungkus sebagai sarapan, maka pilihlah snek yang agak ringan untuk dikunyak sementara menantikan waktu rihat tengah hari. Mengunyak kacang mungkin menjadi pilihan anda. Kacang, pistachio, cashew membekalkan nutrisi penting. Anda perlu makan secara amat bersederhana jika anda suka kacang yang masin. Kacang ini kaya dengan zat lemak dan akan menambahkan berat anda.


Jika boleh, cuba elakkan snek dalam coklat dan croissant kerana makanan ini merupakan snek yang tinggi zat lemaknya. Snek begini cepat meningkatkan tahap gula dalam darah, dan tahap itu juga akan jatuh dengan cepat yang akan membuat anda berasa lemah, penat, dan lapar semula.


Makanan tengah hari mungkin menjadi agenda sangat penting jika anda merasakan bahawa anda tidak perlu makan pada waktu malam. Pastikan makanan tengah hari anda berlandaskan karbohidrat – nasi, roti wholemeal, pasta, mi, laksa. Bersama makanan berkarbohidrat itu iringkan dengan sayur-sayuran dan salad termasuk ulam-ulaman untuk menjaminkan kecergasan anda pada hari itu.


Diet yang seimbang akan membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menjalankan satu kehidupan yang cergas sehari semalam. Diet yang seimbang terdiri daripada lima kumpulan makanan: Roti, kentang, dan bijirin; buah-buahan dan sayur-sayuran; daging dan ikan; susu dan makanan tenusu; lemak dan gula.


Sebaik-baiknya anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang sangat tinggi kerana kaya dengan vitamin, terutamanya vitamin A, C, dan E; juga kaya dengan zat galian (mineral) seperti kalsium, magnesium dan potassium dan zat besi. Makanan ini juga kaya dengan antioksidan yang dapat menjauhkan anda dari barah tertentu dan penyakit jantung. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mengandung phytochemical yang menjaga anda daripada diserang penyakit, selain tugasnya memberi warna kepada makanan.


Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandung lemak, sangat rendah kandungan kalorinya, dan merupakan sumber serat yang baik. Seelok-eloknya anda makan kira-kira 400 g (14 aun) buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Anda boleh pilih sama ada hendak makan buah-buahan dan sayur-sayuran itu dalam bentuk segarnya, dimasak atau secara mentah, dalam tin, atau yang sudah dikeringkan, atau sebagai jus.


Anda perlukan kalsium dalam bentuk minuman susu, keju atau dadih tiga kali sehari. Tulang anda menggunakan kalsium secara berterusan untuk tumbesaran baru sehingga anda berusia 25-30 tahun. Pada usia ini densiti (kepadatan)tulang sampai kepada puncaknya. Anda memerlukan tulang yang kuat dan sihat. maka itu masukkan dalam agenda harian anda untuk berjalan cepat, berlari, berjoging untuk membina tulang yang kuat dan sihat.


Untuk mengatasi rasa lemah , anda perlukan zat besi. Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan berminyak seperti sardin, tuna, telur, sayur-sayuran berdaun hijau, hati, kacang.


Anda juga perlukan vitamin C. Buah-buahan citrus seperti limau dan sayur-sayuran amat baik sebagai sumber antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada penyakit. Apabila anda berada di luar rumah, di padang, di tepi sungai kerana memancing, di tapak pesta, pastikan anda sering minum jus buah untuk memastikan tahap vitamin C anda pada tahap stabil. Minuman jus buah ini juga dapat melawan kesan asap rokok yang menghakis nutrisi anda.


Tidak mahu makan malam? Jika benar-benar tidak rasa lapar, elok juga makan sedikit – sekeping dua biskut, minuman jus buah sambil membaca atau menonton televisyen. Dan sebelum tidur, minum secawan susu suam supaya badan jadi selesa dan dapat tidur lena.


Jika sarapan terlepas, maka pastikan anda dapat menikmati brunch iaitu breakfast + lunch yang sebaiknya pada hujung minggu itu. Pola jenis makanannya sama iaitu wajar berlandaskan lima kumpulan makanan asas. Pastikan ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan. Jika terlalu letih untuk memasak, boleh menggoreng nasi atau menggoreng mi dengan memanfaatkan makanan daripada lima kumpulan makanan asas itu.

info : amida abd hamid


ok ... ini menu berbuka aku semalam bersama family terchintaaa .. hehe spaghetti mixed vege , alhamdulillah settle semalam .. licin kecuali kuah yg memang aku buat banyak
untuk aku makan sekali lagi balik kerja nanti .. yehaaaaaaaaaaa yummyx3





hermmm tgklah tuh .. suka sgt .. hehehhe




ps : ari nieh aku x puasa .. insyaallah akan sambung hari khamis pula .. seronok berpuasa nieh .. latih diri utk menyambut bulan rejab , syaaban dan ramadhan dah x lama tau .. soo pada yg belum ganti poserr tuh .. sila2 kanlahhh jgn tunggu lama2 tau !


5 comments:

  1. Salam Ieda.....Selamat Hari Ibu....I know you are ONE GREAT MOM...maaf lah..kereta buruk Akak baru dapat sampai ke sini....banyak dugaan betoi lah....tapi Syukur sampai jugak akhirnya...!Nak Spagetti gak boleh!!

    ReplyDelete
  2. TQ Ieda share info yang sgt menarik ini.. Hmmm.sedapnya tgk spegetthi tuh.. mintak cikit.. :)

    ReplyDelete
  3. kak watie ~ oh tkasih atas pujian itu kak .. semoga apa yg akak cakap jadi kenyataan :))

    ReplyDelete
  4. rinna ~ u are welcome dear .. :)) nak speggetti ? hehehhe try buat musti lagi sedap kalau dgn air tangan sendiri kan .. family pasti tersenyum lebar ... :))

    ReplyDelete
  5. sedap nmpk speggeti tu sis..

    lom lg ganti puasa la sis.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...