Tuesday, May 11, 2010

berbuka puasa


salam semua .. alhamdulillah smlm dan hari ini aku masih berpuasa .. puasa sunat + gantian yg pastinya sudah habis ... insyaallahh aku akan berpuasa sunat seterusnya sekiranya mampu .

dan semalam jugak aku mendapat panggilan telefon dari nursery bahawa zahrien demam , demam panas .. aku segera bawa dia ke klinik berdekatan , suhunya tinggi 39C .. memang memeranjatkan aku .. yg peliknya masa hubby hantar dia x menunjukkan sintom2 org nak demam .. relax ajer kata hubby .. aku balik dan menemani dia di rumah .. bagi makan ubat dan tuam kepanasan dia dgn air batu bagi menurunkan tahap kepanasan badannya ..
alhamdulillah sehingga ke hari ini dia dah bertambah ok .. mungkin kerana natibiotik yg aku ambil dari klinik philips ini amatlah bagus .. 2x makan dah ok .. alhamdulillah sekali lagi ..

walaupun zahrien demam .. aku memang dah plan nak masak utk menu berbuka aku semalam .. dlm mood berpuasa sunat ini aku teringin sgt nak makan makaroni .. well ada yg cakap " anak demam masih sempat masak ker?? .. bukan ker kena jaga anak tuh " eloooo ANAK AKU DEMAM BUKANNYER KENA DUKKK NGADAP DIER .. DIA DAH TIDOOO , BARULAH AKU MULA MEMASAK ! .. takkan itupunn nak cakap .. cetek sungguh pemikiran sesetengah org nieh kan .. pada aku lah kalau anak sakit x kan semua ahli keluarga kena sakit jugak ! .. di rumah aku nieh ada 6 mulut yg perlu aku serve .. soo aku memang x berkenan beli lauk diluar selagi aku mampu masak .. berlebih layie kalau aku nak berbuka puasa .. walau penat mcm mana sekalipunnn aku tetap akan masak .. barulah kena ngan tekak nak berbuka puasa .. heheheh ok lah layan menu aku semalam ..



makaroni grg pilihan seisi keluarga ..

popia goreng .. beli jerk ! ..

haaa nieh menu wajib , kena ada bila nak makan !!

actually aku nak share cikit pasal kebaikan PUASA SUNAT dalam islam .. yuk layannn

Umat Islam telah ditaklifkan untuk melakukan ibadah-ibadah wajib seperti sembahyang fardu, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan sebagainya. Ia merupakan suatu ketetapan daripada Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya. Justeru itu tidak akan terkecuali seorang pun daripada kalangan penganut agama Islam yang mukalaf untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.
ibadah-ibadah sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan sebagainya merupakan ibadah yang tidak diwajibkan. Tetapi ia amat digalakkan kepada sekalian umat Islam untuk melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Ia boleh diibaratkan sebagai suatu kelebihan atau extra bagi umat Islam yang beristiqamah dalam melakukan ibadah sunat.

Dengan melakukan ibadah sunat, ia dapat meninggikan darjat dan martabat seseorang Muslim di sisi Allah s.w.t. Sesungguhnya Islam amat menekankan kepada umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan murni seperti ibadah sunat umpamanya. Dalil daripada al-Quran yang bermaksud: `` Berlumbalah kamu dalam melakukan kebaikan.'' (Al-Maidah: 48)

Bagi umat Islam yang melakukan ibadah puasa sunat, Allah s.w.t. akan melipatgandakan ganjaran pahala kepada mereka. Ini bersesuaian dengan segala dugaan, kesabaran dan cabaran yang diharungi orang-orang yang melakukan puasa sunat.

Puasa sunat boleh dilakukan sekadar kemampuan individu. Bahkan bagi kaum wanita contohnya boleh menjadikan bulan Rejab dan Syaaban sebagai bulan untuk menggantikan puasa tahun sebelumnya.

Sesungguhnya amalan puasa sunat ini bukan sahaja dijanjikan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Sebaliknya terdapat hikmah-hikmah lain yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Di Antara kelebihan-kelebihan yang dinikmati orang yang berpuasa ialah:

1. Mendidik nafsu

Ibadah puasa merupakan suatu alternatif Islam yang dilihat mampu membendung hawa nafsu manusia. Sama ada nafsu seks atau sebagainya akan menjadi lemah sekiranya seseorang itu berpuasa. Oleh itu bagi seseorang yang tinggi keinginan nafsu seksnya dan tidak berkemampuan untuk berkahwin, maka ibadah puasa merupakan kaedah yang praktikal untuk di amalkan.

2. Mendisiplin diri

Melalui ibadah puasa juga seseorang itu dapat mendisiplin diri terutamanya masa makan. Selain itu ia dapat membentuk manusia menjadi insan sabar dan berdisiplin kerana syarat-syarat berpuasa perlu diikuti agar tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

3. Memudahkan pembelajaran

Bagi pelajar terutamanya, amalan berpuasa sunat merupakan kaedah terbaik dalam merangsang dan menajamkan minda. Ibadah puasa memudahkan pelajar mengingati dan menghafal di dalam pembelajaran. Ia berbeza dengan keadaan belajar dalam keadaan perut yang kekenyangan dan menyebabkan pelajar mudah letih dan mengantuk.

4. Meningkatkan kesihatan

Puasa dapat merehatkan otot perut daripada bekerja menghadam makanan seharian. Bagi kaum wanita pula amalan berpuasa dapat mengurangkan berat badan dan seterusnya mencapai cita-cita berat badan ideal yang diidamkan. Manakala pihak lelaki juga dapat mengurangkan berat badan dan seterusnya dapat mengurangkan ketagihan merokok.

info : mymasjid.net


ps : aper menu aku ari nieh ?? haaaaa smlm nina anak sulungku ada request "ibu buatlah spegetti pulak .. winduu lah nak makan " sambil menjeling kearah mr hubby yg tersenyum , heheh mcm x paham lak aku nieh .. hubby dan anak2 memang suke jugak spegetti nieh .. insyaallahhh ibu buat nanti .. doakan aku rajin wehhhh :))



7 comments:

  1. sedapnya makaroni tu, sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah Zahrien dah beransur sihat yer..elok laa..jgn lupa bagi dia makan ubat on time..yer..

    Hmm..sedapnya tgk macaroni Ieda tuh..nyummy... :)

    ReplyDelete
  3. rinna ~ aah rinna .. alhamdulillah sgt2 .. dah hantar nursery dan dah call tadi , looks ok :))

    ReplyDelete
  4. Akak, Love attracted kat Makaroni Goreng lor! Errr...rasa mcm nak buat je! kekeke ;)

    Yes, U r right dear. Takkan takleh masak if one of our family member is not well, unless diri kita sendiri yang mmg tak sihat, tak larat.

    How's Zahrien now???

    psst..baru tadi perasan 100th follower n3...:D

    ReplyDelete
  5. sape yg ckp cenggitu tuh? mmg la anak sakit, bukannya anak tu merengek 24/7..mesti ada jgk masa utk kita buat keje2 umah.....haa betul tu kak..akak ada 6mulut lg nk kena bg mkn..xkan nk dibiar lg 6 tu berlapar..

    eli mmg tabik spring la kt akak..rajin masak..eli ni pun kalu bukan sebab eli x pandai masak, eli pun xsuka nk mkn kt luar..ni eli duk umah mom kt kelantan, nk belajar masak..tu pun belajar time mom eli x keje la..mom eli nurse.

    ReplyDelete
  6. love ~ heheh yes dear got entry for 100th followers , baru perasan yerk .. heheh congrats but nothing for u only much2 love from me dear .. :) nanti LOVe try buat gak that macaroni .. simple as what uu see :))

    ReplyDelete
  7. eli ~ ha germ tul ngan mulut2 tuh .. sebetulnya mereka2 nieh memang pemalas bab nak masak2 nieh , kebanyakannyer suker makan luar atau beli luar .. dah terbiasa ajar anak2 makan bukan air tangan sendiri .. biler masak anak2 x layan .. huhuh sbbnya dah ajar dari awal duk beli jerk .. tuu yg biler akak cakap akak still masak utk anak2 walau ada anak yg sakit dan akak el menjaga mereka .. mereka pelik sgt2 ..

    ingat kita nak curi tulang sajer2 nak EL .. x logik ! dah anak2 yg lain dan hubby x yah makan ! hanggin satu badan akak , nak kena explain kat org2 nieh .. herggghhh

    hhehehe akak bukannyer pandai sgt masak eli .. sikit2 utk tekak sendiri adalahh .. baguslah tuh belajar masak ngan org lama banyak yg leh kita pelajari , akak kalau ada masa memang nak sgt belajar ngan mak tapi x berkesempatan :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...