Thursday, December 31, 2009

NOTTI-FACE GIVEAWAY - STICKY MOOD

Ok .. hari nieh rasa mcm nak joint this contest ... walaupun selama ini x pernah menang ... apa salahnya mencuba utk kali nieh kan .. kalau tgk ganyak contest yg dah maleh aku nak joint .. huhhu mood tadak .. tai kali nieh .. ok lahhh .. meriahkan keadaan kan .. ok lah moh layan contest nieh punyer syarat ...



OKEH, DI BAWAH ADALAH SYARAT UNTUK MELAYAKKAN DIRI JOIN CONTEST NI....

* JADI FOLLOWER MAMA -done

* LINK BLOG MAMA TERUS KE BLOG ANDA - done

* SILA TEPEK BANNER KAT SIDEBAR YG DI LINK TERUS KE ENTRY INI - done

* STICKY MODE YE ENTRY ANDA SUME - done
* YANG PALING PENTING, SILA BUAT SATU ENTRY KAT BLOG MEMASING BESERTA

GAMBAR WAJAH ANAK ANDA/ANAK SEDARA/ANAK ANGKAT YANG PALING NOTTI SEKALI...

* UMUR LAYAK MASUK IALAH 5 BULAN -3 TAHUN SAHAJA MENJELANG AKHIR TAHUN 2009

* SILA BERIKAN NAMA ANAK & IBU/BAPA, TARIKH LAHIR DAN UMUR SEKARANG
SERTA CERITAKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI GAMBAR...

* TARIKH TUTUP GIVEAWAY NI ADALAH MENJELANG MALAM TAHUN BARU 2010
IAITU PADA 31 DISEMBER 2009 JAM 12.00 MALAM...

* HADIAH UNTUK GIVEAWAY INI ADALAH MISTERI YE... DAN MUNGKIN AKAN ADA
HADIAH SAGUHATI UNTUK TEMPAT KE-2 DAN KE-3... MUNGKIN YE....

* AKHIR SKALI, TINGGALKAN LINK ANDA DI ENTRY INI SAHAJA YE, SENANG MAMA
NAK CEK... HEHEHE


Ok ... wajah anak ku yg kupertaruhkan adalah ...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Nama : Putra Muhd Saiful Zahrien Bin Mohmad Sakimi
Umur : 1 tahun 11 bulan
Tarikh Lahir : 24.03.2008
Nama Ibu : Zarida Binti Abu Bakar

photo diatas diambil pada .. suatu petang di umah ummi ku .. masa tuh kami bersiap2 nak kuar ke bandar pekan .. nak beli aper aku x hinggat .. diambil oleh bapa saudara dia ... masa nieh zahrien memang dlm mood ngader2 .. heheheh sbb x nak orang tinggalkan dia .. soo aper yg adik aku cakap dia pose .. kalau x dia kena tinggal .. paham lak masa tuh ... ada banyak lagi pose2 ngader dari dier ..
tapi nieh jerk yg berkenan dek mata aku ..


harap2 juri berkenan gak ..







Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year - workout 29hb


kepada semua pengunjung2 .. teman2 .. adik2 .. kakak2 sekalian , ku ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 , semoga allah memberkati , memakbulkan dan melimpahi segala impian , harapan dan rezeki di tahun baru ini ..







menu on 29hb Dis 09


early morning at 8.00 : plain water 500 ml
bfast at 9.00 : F1 cappu 4 scoops + 300 ml plain water

in between at 11.30 : 1 packet of Jacobs Oat Meal + 250 plain water

lunch at 1.30 : 1 plate of mee grg + 1/3 vege
after 2.30 : teamix 500 ml + plain water 300 ml

in between at 4.30 : 1 slice of choc kek SR
(ada bday celeb utk bos nursing)

at home after cook for dinner at 7.00 : 1 pieces of kuih raya suji susu
+ 500 ml plain water


dinner at 9.00 : F1 cappu 4 scoops + 500 ml plain water

before bad : 500 ml plain water


ps : minggu lepas , aku cuti dpt lah buat jogging 20 minits pusing taman perumahan aku ngan anak2 ( naik basikal masing2 ) , jump star 10x , banned knee 30x dan lari setempat 50x ... semalam lak kat umah at 9.30 am jump star 10x , banned knee 30x dan lari setempat 30x ( zahrien merenggek2 nak tido) sambil2 tgk SYTUCD di AXN ... fuyoo semangat aku nieh workout sambil tgk org menari .. kehehekehehhehe .. - DONE


Monday, December 28, 2009

menu last week & JJCM krismas


salam semua .. alhamdulillah dpt jugak aku update blog hari nieh .. hehehe bukan aper mood pun tadak .. x tahu nak cakap dan story aper .. nie jerk yg leh aku kongsikan bersama , menu2 lunch dan dinner sepanjang minggu lepas , almaklum sahajalah minggu lepas aku lama bercuti .. soo aku masak .. makan .. masak .. makan .. heheh saboor jerlah .. kebetulan pulak daging masih ada didalam peti .. masih berbaki dari korban raya aji .. sooo aku manfaatkan dengan menu yg pelbagai nieh ... soo layan jerlahhh




petang selasa last week aku order brownies ngan zura .. dpt jerk aku terus catu untuk anak2 aku .. bukan aper .. mender sedap kena catu .. kalau idokkk alamatnya aku tgk jerlahhh ... huhuhuh , ur brownies marvelous lah dik ...


dan jumaat petang tuh .. aku bawak anak ke mall .. petang sebelum krismas .. bawak mereka tgk pokok2 krismas dan patung santa .. ermm sukalah budak2 tuh sbb dpt tgk yg cantik2 mcm nieh .. warna warni .. aku punnn samer tumpang posing2 sakan .. jangan mara ... hehhehe





lepas tuh kami makan di DELI COUNTRY mega mall , makan roti jerk .. ok lah tuh .. menu diet tuhhh .. wakkakakka , oh ya sepanjang aku ke mall nieh aku x bawak zahrien .. aku tinggalkan di nursery .. bukan aper kalau idok aku x dptlah berjimba - jimba sbb melayan dia jerk .. huhuh


p/s : bulan 3 tahun depan genap setahun aku amik HL .. huhuhuh aku masih berusaha utk mendapatkan berat ideal aku .. 5 kg more to go ... my ideal weight is 58kg .. tapi dah tanya yg pro .. 60kg dah ok ... soo target 60kg jer lah .. kuwogh2 sgt nanti ada yg jealous uuuu .. hehhe , nieh azam tahun baru jugak nieh .. aper2 punn slow2 lah kan .. yg aku herannya .. kenapa masa mula2 aku amik HL mudah sahaja utk lose weight ... skrg nieh dah dekat2 nak achive ideal weight payah sgt nak turun , even struggle betul2 .. huhuhuhu .. any idea friends ..


Friday, December 25, 2009

kenapalah manusia kejam masih ada di muka bumi ini ..


KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Kejadian menimpa bayi itu disyaki berlaku di sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini, beberapa minggu lalu, namun penderitaannya hanya diketahui selepas dia dibawa ke hospital kira-kira jam 10 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata penderitaan bayi itu terbongkar selepas doktor yang merawatnya mendapati terdapat beberapa kesan lebam di badannya.

“Sebaik dihantar ke hospital kerana tidak sedarkan diri, bayi malang itu didapati mengalami kecederaan luar biasa menyebabkan pihak hospital menjalankan siasatan lanjut.

“Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada bapa mangsa, namun curiga dengan jawapan lelaki itu menyebabkan laporan polis dibuat,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal serumah bersama ibu bapanya dipercayai sering diabaikan hingga menyebabkan bayi berkenaan sakit dan sering menangis akibat kelaparan.

Zulkifli berkata, pada mulanya, bapa bayi terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai memberi alasan kononnya anaknya terjatuh ketika didukung hingga mengakibatkan cedera di badan sedangkan doktor mengesyaki kecederaan itu bukan akibat terjatuh.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan menahan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hingga kini, mangsa masih terlantar di ICU HTAA,” katanya.

petikan : harian metro 25 Dis 09

p/s kenapalah manusia syaitan mcm nieh masih hidup .. mengapa x der saper2 leh bela nasib bayi ini .. hukumlah seberat2nya mereka yg melakukan ini .. sayu hati biler membaca artikal ini .. ya allah jgnlah kau jadikan hati dan perasaan aku seperti mereka2 ini ...


Thursday, December 24, 2009

Ho Ho Ho .. Happy New Year




kepada semua teman2 dan bloggers seluruh dunia yg menyambut Hari Natal .. wish u have a happy new year and a wonderful cheerish holidays ..


Wednesday, December 23, 2009

Ikan Masak Merah , ulam jeruk petai





Tuesday, December 22, 2009

KEBAIKAN KISMIS utk mulut berbau ..


bosan tul ari nieh .. ujan kat luar .. mulalah peyut aku berkeruk2 kelaparan huhuhu .. sib baik amik F1 pagi 4 scoop .. skrg jam menunjukkan 12 tgh .. lapoor maaaaaaaa .. ermm baru aku teringat aku ada beli kismis dgn officemate aku semalam ... actually kismis bukanlah makanan ruji aku .. nielah 1st time aku beli dan letak kat office utk xtvt kunyah2 aku kalau lapoor sgt ... leh tahan lah .. 20 bijik kismis sungguh mengenyangkan .. soo moh layan kebaikan kismis nieh ..

oh ya anak2 aku x berapa suka .. tapi aku paksa sbb .. sbb nak bagi mereka tajam minda seperti yg di katakan dibawah .. insyaallah .. dah start skull nieh aku kena beli buat stok kat umah ..
biar jadi amalan mereka ..




Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampun mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.

Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.


Membantu menajamkan Minda:

Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak (Otak kekurangan oksigen) . Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith (menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.

Boron untuk tulang yang sihat:

Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.

ref : JQF seri amar diraja

P/S: Oleh itu, saranan saya kepada para pembaca ialah tingkatkan pengambilan kismis dengan kekerapan yang tinggi…Cuba renungkan mengapa orang2 Arab mempunyai daya ingatan yang kuat ?



Sunday, December 20, 2009

Sop Tulang , Sayur Campur .. PIZZA pulakkk


haaaaaaaa dah lama x post lauk pauk kan .. kat umah aku lah nieh , ini menu LUNCH kami .. heheh x pandai masak sgtlah .. simple2 jerk .. janji anak2 suka dan hubby senyum lebar dan x terkata .. wakakkaka

ok menu nieh aku masak semalam .. heheh
eh dah 3 ari cuti nieh .. ashik masak jerk kerja aku .. aku nyer HL berterabur .. huhuhu tapi still maintain .. aku akan amik bfast jerk .. lunch dan dinner aku amik F1 dan teamix .. ermm musti ramai tanyer mcm mana aku kawal nafsu tgk lauk pauk yg mcm nieh depan mata .. ( actually aku x tahan jugak .. huhuhu aku ratah jerk .. without rice lah ... sibbbb baik nafsu aku nieh sedang2 jerk .. hehehe ) oklah moh layan menu aku arituh ...


soup tulang


ikan kerisi grg biaser2 jerk ..


sayur campur grg lada sulah


daging masak masam manis @ kicap


lepas tuh malamnyer adik aku plan nak makan pizza ..
hu
huhu nieh aku x leh ngelak .. dah hampir 10 bulan aku x jamah FAST FOOD nieh .. nielah 1st time sejak aku amik HL soo terpaksa jugak makan .. 2 slice jerk .. banyak kannnn huhu .. kata adik aku .. x per2 sekali sekala , koo pun dah lama x makan kannn .. huhuhu manyak lah sekali sekala .. hentamlahh labu .. tapi lepas tuh aku minum teamix lahh kan .. delivery pizza ..
yg cheesey c
raft tuhh yg x tahan .. huhuhu







nilah anak dara aku yg memang x sabar dan x tahan giler biler pizza sampai .. sebuk suh aku amik gambooor dier .. huh .. mcm2 anak2 aku nieh .. yerlah .. ibu diet .. mereka punnn terpaksa diet samer .. heheheh






Saturday, December 19, 2009

Raya Aji 2009 - ENTRY terlambat .. heheh

Buat duit tuuuu saper x nak .. x nak ker ! ...
hahahha rugi tau ...
klik2 CATHCEYE di sebelah tu .. dan jawab SOALAN
( simple sgt2 )
guna link yang ieda bagi...
Terima kasih ...boleh tambah2 pendapatan tau , conpermmm x rugi ! ...



salam semua .. alhamdulillah kita sudahpun memasuki tahun baru dlm islam .. salam maal hijrah kepada semua teman2 dan kenalan2 semua ... semoga tahun baru ini memberikan kita seribu pengertian dan pengorbanan yg diredha olehnya ..
ok lah actually aku baru jerk dpt komp baru ari rabu ari tuh ... adik aku belikan .. hehh bayar 100 sebulan .. hermmm memang the canggih one .. semua new version ..
amatlah terharu dan teruja aku nieh ..
sbnrnya aku beli punnn untuk kegunaan anak aku nina nanti .. yerlah skrg nieh di sek semua pelajar ada kelas komputer .. sooo sambil menyelam minum air lah .. aku punn leh lah layan sekali ... hehee x yah dah susah2 berebut ngan adik aku nak guna komp .. fuh lega ..
sooo untuk mlm nieh selepas siap semua adik aku install barulah aku leh guna .. dlm kul 10 mlm tadi aku buat editing dan upload gambooor ..
kebetulan internet access memang laju giler ... hheheehe manyak suker maaaaaaaaaaa ... nak upload gambar cepat sgt .. sooo memang aku teruja .. yer lah banyak kegunaannya bila ada komp sendiri di umah ..

oklah .. moooh layan piccas raya aji 2009 aku nieh .. dah BASI tuh .. wakakkakak tapi pada yg sudi tgk . very the syukur lahhh .. jgn bosan2 tau .. muahhhhhhhh nanti ieda terjah2 pulak umah kowang .. dah mlm nieh .. esok kita sambung layie ..
zazzzzzzzzzzzzzzzzzzz





ari tuh .. anak2 aku dan anak buah aku memang teruja .. teruja tgk daging2 korban yg diperolehi oleh hubby .. heheh kelakor tul tgk gelagat mereka tuh .. alhamdulillah tahun nieh kg kami korban sebanyak 7 ekor .. semua hubby ada pergi menolong .. kira org kuatlah jugak .. ermm dah rezeki kannn ..
sampai ke hari ini still ada daging korbannya .. fuh ...



tahun nieh siap dpt kepala lembu layie .. alhamdulillah .. kalau nak tahu daging di bhg leher dan kepala tuh adalah dekat2 5 kilo ... huh




Friday, December 18, 2009

End Of Day CH - good bye , last part


Vanue : Land Mark Cameron Highland

Date : Last Day
Time :11.30 pm

alhamdulillah , akhirnya sampai jugak aku ke penghujung entry holidays di CH nieh .. hermm sungguh happy dan amat bererti this time holidays sbb semua ada .. adik beradik semua turut serta , akhirnya .. bagi kami bukan mudah untuk bersama semuanya , yerlah holidays nie punn x plan2 pun .. kami main terjah jerk .. ajak along and family , ann and hubby dan adik .. alhamdulillah kami berjaya dgn planning percutian begini .. dan insyaallah next trip holidays will be much2 more happening .. itu yg pasti ... ok lah .. moh layan pic2 akhir kami di CH , singgah di land mark CH nieh .. mula2 sampai memang x hinggat langsung nak singgah , bukan apa ... nak kejar masa sbb semua dah lapoor .. so dah memang plan nak singgah waktu balik sahaja .. sooo moh layannnnn












psst actually aku guna komp baru ari nieh .. teruja sgt .. adik aku belikan aku comp baru .. heheh bayar 100 sebulan .. alhamdulillah aku dah x yah nak kongsi2 ngan adik aku layie .. sukerrrrrrrrr very the canggih ini komp .. semua version baru adik aku bagi .. sbnrnya aku beli nieh nak pepare utk kegunaan nina nanti .. now days kan budak2 sek dah wajib tahu guna comp sooo lebih baik aku beli satu untuk kegunaan anak2 aku jugak kan .. sambil2 tuh aku punnn leh layannnnnnn ... heehh
** skrg nieh tgh ujan lebat kat pahang .. sejak dari pagi .. ujan on & off .. risooo lah pulakkktakut banjir .. tapi best gak kalau BANJIR ... yebaaaaaaaaaaaaa ahakssss



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...