Tuesday, September 29, 2009

bermulanya puasa 6 di bulan Syawal

salam semua , alhamdulillah kita bertemu lagi selepas selesai minggu berhari raya .. huhuhu rindu rasanya suasana raya , betul2 rasa seperti masa begitu pantas berlalu , mood masa nieh rasa nak teruskan cuti punn ada .. tapi mana buleh macam tu kan .. hehhe selepas bercuti kerja harus diteruskan , untuk mencari rezeki .. raya , raya jugak .. kerja .. kerja harus diteruskan ... tapi mood ajalah .. seperti x der jerk .. heheh aper lah kan .. ermm nak bercerita tentang kenangan2 manis raya nieh .. memang banyak .. x terkata .. cuma raya tahun nieh kurang sedikit meriah sbb adik aku di KL x dpt balik .. this time turn dia balik umah MIL dia di selangor .. jadi kureng sikit happening ... tapi still meriah lah .. cuma kurang satu ahli keluargalah ... ermm banyak cerita2 kenangan raya yang nak aku kongsikan bersama - sama .. tapi nantilah .. mood betul2 x der , masuk opis hari ini punnn dlm keadaan yg betul2 slow .. hehhe bukan per .. x larat pun ada .. mengemas .. ya allah banyak giler .. bercuti lama kan .. seminggu punya baju2 punn x kemas lagi .. , yg sempat kemas hanya barang2 dapur dan kain baju yg sedia tiggal , sib baik hubby in GOOD MOOD habis satu rumah dia moop .. hehhe thanx cayunk sbb paham .. , okeylah .. nak berceloteh panjang punn aku x larat .. sbbnya aku .. insyaallah mula berpuasa 6 hari ini ... dan insyaallah sampai selesai ... itulah niatku tahun ini ... moga2 makbul doa dan harapan untuk menyempurnakan fadhilat ramadhan dengan berpuasa 6 nieh ... ok lahhh doakan aku selesai mengerjakannya ya .. dan disini ingin ku kongsikan bersama .. kebesaran dan kebaikan berpuasa 6 di bulan SYAWAL ini ... yuk .. layannnnnnnnnnnnnnnnn

Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]




PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Romadhan).

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, yang artinya: ‘Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun .’ (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda lagi: ‘Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas ‘Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali ganda.’

Dalam sebuah riwayat berbunyi, yang artinya: ‘Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Romadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.’ (HR: An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh: ‘Puasa bulan Romadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh.’

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi’i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Romadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali ganda.

Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Romadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasululloh Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, yang artinya: ‘Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta’ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: ‘Periksalah ibadah solat hamba-hamba- Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: ‘Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan solat-solat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan solat wajibnya dengan solat sunnat itu.’ Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya.’ (HR: Abu Dawud)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Wa’Allahualam. .

** nanti2 aku update gambar2 terbaru raya dan perkembangan terbaru DIET ku .. heheh berat badanlahhhh .. tungguuuuuuuuuu



Thursday, September 17, 2009

Ingatan Aidilfitri dari teman - teman


hari nie .. aku ke office semua dah x der mood nak kerja .. semuanya dah tunggu nak balik jerk .. aku punn sama .. hehehhe sooo x mau citer banyak2 ... moh layan kad raya dari teman2 siber kita ... bye semua .......















TKASIH SEMUA .. SEMUGA ANDA SEMUA SELAMAT TIBA , KEMANA JUA PERJALANAN ANDA , SELAMAT BERHARI RAYA

Wednesday, September 16, 2009

ALHAMDULILLAH SYUKUR


alhamdulillah syukur ke hadrat allah kerana tahun ini kami di ksp mendapat bonus raya yg banyak ( banyak bagi kami lah ... heheh kalau org lain tuh noo komen ) pagi2 lagi aku dah duk skodeng CIMB clicks ... dan memang dah budget masuk bonus pagi nieh , cuma x sangkalah ... kata org rezeki tahun ini .. alhamdulillah sekali lagi .. aku tumpang gembira dengan teman2 sbb nya ... ermm yerlahh x sangka tahun ini , julung2 kalinya kami semua mendapat bonus raya yg x disangka2 .. so memang amat2 bersyukur dan terima kasih kepada BIG BOS dan MADAM kerana semua boleh tersenyum gembira .. insyaallah semuga dengan bonus raya ini , dapatlah meringgankan serba sedikit beban nak mengadap raya dan selepas raya .. hermm kena ingat semua .. kita ibu bapa nieh selepas raya dah nak mengadap anak2 mula bersekolah pula .. hhuhuhuu soo mana duit yg ada lebih tuh .. kenalah beringat selalu ... menyimpan tuh penting dan berhemahlah dlm berbelanja ... yebaaaaaaaaaa aku punnn kena ingat untuk diri aku jugak .. heheh , wokehlah teman2 .. actually mood untuk berblog dah mula merundum sbbnya aku dah mula sebuk nak berkemas dan pack2 barang nak balik kg .. huhuu esok last day kerja .. pastu malam CABUT BALIK KG LAHHHHHHH ... wakakkakakak ( bukan jauh noo kg aku .. pekan joooo ) heheh alahhhhh janji balik kg ..... ok semua .. sehingga berjumpa lagi .. dan sehingga ke hari ini , kalau aku x busy aku berblog lagi .. kalau idok .. seee you allzzz after RAYA ... salammmmmmmm



TIPS UNTUK CERIA DAN GEMBIRA SELALU...

Setiap hari kita mempunyai bermacam-macam kekangan dan masalah yang perlu kita tempuhi, oleh yang demikian pelbagai perasaan akan timbul seperti marah, gelisah dan lain-lain emosi. Oleh itu, gembira adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula perasaan yang normal pada setiap orang itu, di sini kami ada menyatakan beberapa tips sebagai panduan kita semoga kita dapat menjalankan aktiviti harian kita dengan penuh perasaan gembira dan ceria...insyaAllah..

1. Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.

2. Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.


3. Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.


4. Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik

5. Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.


6. Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

7. Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.


8. Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain



Friday, September 11, 2009

AIDILFITRI DATANG LAGI

lately nieh .. aku memang maleehhh sgt2 nak update blog mahupun fp .. entahlah .. dah tiba masa bohsan tuh dtg , x leh nak buat per2 .. boring sgt duk ngadap blog dan fp nieh .. x tahu aper sebab ... mungkin sbb kalau dah selalu sgt ngadap aku mudah bosan .. so aku decide utk tidak mengomel panjang2 di sini ...

KEPADA SEMUA KENALAN2 DAN ADIK2 , KAKAK2 TERSAYANG YG KUKENALI , TKASIH KERANA MASIH SUDI SINGGAH DIUMAH KU INI , KUNJUNGAN KALIAN AKAN AKU BALAS DENGAN KUNJUNGAN JUA ... JGN MERASA BOSAN UNTUK TERUS BERSAMA2 DGN KU DI LAMAN SIBER INI ...

dan di kesempatan ini ieda ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang akan kita sambut kira2 kurang dari 10 hari lagi .. huhuhu pantas betul masa mengejar kita , kini ramadhan hampir melabuhkan tirainya .. sedeyyy sgt2 ... harapan ieda cuma satu semuga kita semua dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun hadapan ... insyaallah , sama2 lah kita berdoa .. dan dengan itu juga ieda ingin memohon maaf dari hujung tudung hingga hujung kasut , atas segala ketelanjuran dan terkasar bahasa selama kita saling mengenali di lama siber ini ... semuga lebaran ini membawa seribu makna kepada anda semua .. insyaallahhh

sudi2kanlah teman2 sekalian , mengambil dan menggantung KAD RAYA dari ku buat kenang2an di rumah masing2 ... muahhhhhhhhhhhh




Monday, September 7, 2009

WALAU AKU X DPT TERAWIH

hehheheh jeng2 .. hahahah jgn panik ngan tajuk aku kali nieh .. sajer jerkk letak title cenggitu .. kasi gempak kit .. huhuhuhu ermm setelah selama 17 ramadhan nieh .. aku hanya dapat berterawih selama 5 hari sahaja ... huhu sedeyy kan .. susah tul bagi aku yg ada baby kecik nieh nak semayang terawih ... sedeyyy sgt2 ... yerlah zahrien masih kecik .. nak tinggalkan dia ngan riena , x percaya dan takut pulak .. nak buat terawih di umah lak susah jugak .. dia ashik nak ganggu ... riena x leh harap st .. zahrien lak tgh giler2 menakal kat umah nieh .. kalut jugak aku bila kat umah , hubby dan adik pulak seharusnya pergi terawih .. mana nak miss .. kecuali hubby 2-3 ari nieh x dpt pergi sbb terpaksa ke bengkel siapkan saki baki tempahan sebelum raya ... huhuhuhu .. selama aku x berkesempatan untuk bertarawih nieh aku gantikan dengan membaca surah yassin sebelum solat subuh setiap hari , insyaallah aku akan kekalkan sehinggalah ke penghujung ramadhan ... berkorban lagilah aku untuk tahun nieh .. harap2 untuk tahun hadapan , nina dah duduk sini dan dia dan riena bulehlah tgk2kan zahrien ( becomes 2 years tahun depan ) ... jadi leh lah aku gi terawih tahun depan .. insyaallahhhhh semuga allah pertemukan aku di ramadhan tahun hadapan ... aminnnnnnnn
wokehlah .. ermm kat bawah nieh aku sharekan kebaikan dan kelebihan membaca SURAH YASSIN ini ..

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAMMIR RABBIN RAHIM “
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat2 anda, tiada kerugian bahkan digalakkan.
Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar….

dan ini pula menu aku semalam ...

Quetiaw Grg Kaseh

@ param

dan bawah nieh menu bersahur kami , ayam grg telur, masak lemak udang cili api ,
limpa grg sambal dan ulam timun


Saturday, September 5, 2009

tomyam dan TIPS KECANTIKAN USIA 30an


wokeh seperti yang dijanjikan last entry ... heheh aku masak mee hun tomyam kelmarin .. hermm semua suka walau preparation nya ala kadar sahaja , cuma x der udang sahaja ... x sempat beli dan BUDGET lah katakan .. hehehhe taruk sutun dan ayam jerk .. ok dah rasanya .. dah membuatkan hubby makan bertambah2 .. anak2 pulak .. perli2 cakap ibu masak selalu sedap .. sukaaaaa ... kebetulan cuti , putri sulungku juga ada di rumah , jadi ramailah yg berbuka di umah .. meriah sikit , bersilang2 tangan berebut2 ambil makanann ... huhuhu .. okey lah yuk layan ... dan aku ada share something dgn teman2 yg baru menjangkau 30an mcm aku nieh ( ecehhh aku dah 30++ dahhh ) ... heheheh okeh






TIPS KESIHATAN DAN KECANTIKAN UNTUK WANITA 30AN

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”

info : syukie



Friday, September 4, 2009

menu ramadhan dgn SATAY PERUT layiee


salam semua ... hermmm heheheh baru ada masa nak berblog nieh ... yehaaaaaa sukerrrrrrr .. aku leh guna komp lama sikit ... adik aku dan umi ayah ke KL .. cuti kan .. sabtu , ahad dan senin ( nuzul quran ) ... sooo aku memang leh guna komp lama2 .. ikut suka ati aku .. heheheh bukan per2 .. mlm x der gangguan sgt .. since selepas berbuka semua kerja2 dah kuiereskan .. aku start berblog selepas tidurkan putra sorang kuu ituuu .. herm dia dah tidooo aper lah layie .. aku duduk depan pc sampai terbuntang bijik mata ... wakkakkakaka ...

wokehlah nak masukkan entry yg lepas nieh ... ermm nieh menu berbuka di luar kami last week .. hubby nak lagi makan satay peyuuut ... suker bebenoooor haaaaaa ... sib baik anak2 punnn suker ... x jadi halll .. aku ! layiee lah suka .. port biasa kami untuk jamu satay peyuttt nieh adalah di TERMINAL SATAY ZUL nieh ... siap booking awal2 lagi .. kalau x .. jgn harap lah nak dpt tempat ... lagi2 lah kalau ujung minggu .. hermmm biasalah tuh .. tempat nieh begitu fofular di kontan nieh .. soo paham2 jer lah ...

okeylah layan jerk piccas aku nieh ...





SOME FACT THAT I WANNA SHARE ..

Jika anda makan satay….jangan pula lupa

timunnya, sebabnya
> memakan satay bersama karbon yang terhasil
selepas pembakaran akan
> mendatangkan kesan karsinogen!
Apa
bendanya karsinogen tu?
( Ianya
ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah )
Timun pula adalah anti-karsinogen

DAN

Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka
lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan
mereka sedangkan kita berbuat dosa dalam
keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan
anggap kita mulia. Tetapi katakanlah mungkin
orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya,
sedangkan kita belum tahu akhirnya.

Apabila bertemu orang kafir katakan, belum
tentu dia akan kafir selama-lamanya.

sumber : shahrul88

** piccas menu mee hun tomyam yg seperti aku janjikan akan ku publish x lama layie .. hehehhe tungguuuuuuuu


Thursday, September 3, 2009

ENTAH PER2 ...


gambar sekadar hiasan



lately nieh memang aku sebuk giler .. heheh ( aper2 jerk ayat tuh ) .. bukan aper .. penat sgt rasernya .. balik umah kejooor masak .. masak masakan panas .. lepas sediakan semua bahan2 aku kuar ngan hubby ke bazaar ramadhan beli juadah tambahan , balik berbuka .. lepas berbuka , semayang , lipat kain , sidai baju , kemas umah serba sedikit .. sampai nak duk depan pc nak update blog dan fp punn x sempat .. huhuhuhu ... tu rutin kalau aku x gi terawih ( ada baby kecik kan ) .. kalau aku gi terawih .. lagilahhh penatnya .. entah lah .. begitulah ...semua org punn sama kan .. cuma bezanya aku memang x der masa plus x cukup masa nak ngadap pc dan update mcm kowang .. huhuhuhu sorry ..

dan diatas tuh sajer jerk aku taruk gambaooor tomyam tuh sbbnya .. aku nak masak tomyam mee hun hari nieh .. special request dari hubby .. insyaallah kalau ada masa aku snap dan share ngan kowang gamboor nyer .. heheh abang , insyaallah ieda akan buat dengan penuh kasih sayang ! ecehhhhh.. hehehheh

wokehlah .. bye semua .. kepada semua teman2 yg x pernah jemu masuk umah aku nieh
LOV U ALLLZ ALWAYS .. nanti aku balas kunjungan ituuuu
MUAHHHHHHHH

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...