Thursday, July 30, 2009

TC - part II


salam semua .. wokeh ari nieh aku nak sambung seterusnya gambar2 keindahan di pantai TC masa jumpa adik nurul minggu lepas .. nak cepat2 abis .. nanti entry nieh tertunggak lak .. moh tgk .. mood maleh nak taip dah dtg .. soo paham2 jer lahh .. muahhhhh yuk layannnnnnnnn zazzzzzzzzzz



tuan rumah dan putra tunggalnya ... kena enterpremm jugakkkk ...

dan kebahagiaan itu milikku ...


KESABARAN DAN KETABAHAN itu


Dari semua sifat mulia yang harus dikembangkan oleh seorang hamba Allah, yang paling penting adalah kshama atau 'kesabaran dan ketabahan', yaitu sifat pemaaf penuh kedamaian, tetap tenang dalam situasi apa pun dan senantiasa berbuat baik kepada orang lain tanpa mengindahkan imbalannya.


Kesabaran dan ketabahan tidak dapat dipelajari dari buku. Juga tidak bisa diperoleh dari ajaran-ajaran guru. Itu bukan barang yang dapat dibeli di kedai. Hanya bila engkau tetap setia melaksanakan latihan rohanimu walau berada dalam keadaan yang sulit dan berat maka engkau akan memperoleh kesabaran dan ketabahan. Jika engkau berada dalam dugaan, dalam keadaan yang penuh permasalahan dan kesulitan, maka engkau dapat mengembangkan kesabaran dan ketabahan. Manusia mempunyai banyak kelemahan yang tersembunyi. Dalam keadaan sulit, kelemahan yang tersembunyi ini akan muncul sebagai kemarahan, ketakutan, keangkuhan, dan kebencian. Pada saat-saat itulah engkau harus belajar bersabar dan tabah.
Untuk melaksanakan kesabaran dan ketabahan masih ada hal-hal lain yang harus dibuang jauh-jauh. Tidak boleh ada keterikatan, kebencian, atau kedengkian pada dirimu. Jika engkau memiliki sifat-sifat itu walau pun dalam ukuran kecil, engkau tidak akan dapat mengembangkan kesabaran dan ketabahan. Karena kesabaran dan ketabahan merupakan kebajikan yang penting bagi setiap abdi Tuhan, setelah ini kita akan membicarakan musuh-musuh kesabaran dan ketabahan, yaitu marah, kebencian, serta kedengkian, dan belajar bagaimana caranya membasmi mereka .

tinta : site88



Wednesday, July 29, 2009

menu lunch lagi dan jumpa nurul aka pauzana


ermm menu nie adalah menu yg aku sediakan ujung minggu ari tuh , sbb petang tuh dah plan nak jumpa dik nurul aka pauzana ( mamber fp ) di TC kuantan .. so balik dari kpg terus kedapur .. siap2 masak dan makan ... menu kali nieh ala2 kampung gitu .. siap ada tempuyak lagi .. favourate aku dan hubby nieh! .. ermm tambah 2-3 pinggan lagi hubby ku .. ahaksss ... sedap gamoooknya .. heheh alhamdulillah , biasanya kalau ujung minggu nieh menu yg aku sediakan mcm nielah .. singgang dan ikan kukus x lari .. sbb singgang tuhh aku selalu masukkan adik beradik tuh .. ala2 sup gitu .. emmm
kenalah dgn tekak aku nieh ...

pastu .. dlm kul 5.00 ptg aku sampai TC , jumpa adik nurul dan adik2nya .. dia sampai kuantan ari sabtu tuh .. ada kenduri di kuantan dan menginap disini .. so ptg ahad sblm dia balik .. dia jumpa aku di TC .. happy sgt sbb dah lama nak jumpa adik nurul nie sekali lagi .. alhamdulillah setelah berym dan bersms .. akhirnya ...


posing tetap posing .. musti tuh ...


Keindahan ?
Apakah makna 'indah' itu?
Cantik? Menawan? Lawa? Kacak? Hensem? Macho?
Mempesona? Ayu? Menarik? Tertarik? Tarik-tarik? Yang pasti bukan tarik-tali..
Sayup mata memandang? Mengusik jiwa dan hati?
Menyentuh sanubari? Membangkitkan ghairah diri? Bernafsu-nafsi?
Ya pastinya ada banyak makna diberi??
Ikutlah kesesuaian definisi sendiri?
Katakan apa sahaja asalkan memenuhi citarasa peribadi?
Teringat bait kata-kata lagu ini..
"Keindahan pelangi adalah..
Keindahan wajahmu sayang..
Yang sering bermain di mata.. hatiku ini..
"
Masih ingat lagu ini.. itu kata kumpulan Febians 'untukmu sayang'
Itu kata mereka.. bukan kata aku ya.. kata mereka..
Sekali lagi ditegaskan kata mereka ya..
Apakah makna indah untuk kalian semua??
Indah.. Terindah.. Keindahan.. Mengindahkan..
Indah untuk aku.. ada dimana-mana..
Tidak terhad pada sesuatu atau seseorang semata..
Indah terukir pada semua perkara dan peristiwa..
Indah juga terpapar pada raut muka dan tingkahlaku seadanya..
Indah malah terlihat pada sesuatu yang tidak ada.. tersembunyi sementara..
Indah terserlah pada suatu rasa yang kadang tidak dapat dizahirkan dengan luahan bicara
Indah kadang terusik dek sedikit sentuhan visual.. batin.. zahir dan maya jua
Indah terhasil oleh pelbagai insiden.. cita.. cereka dan ceritera..
Indah hadir kala diam membisu itu tanpa kata-kata..
Indah ada dalam kesepian dan kerinduan untuk dia dan mereka..
Indah malah terasa kala tekak dan lidah merasa nikmat air tangan bonda..
Indah cukup bermakna bila seraut wajah terlihat penuh kasih sayang dan cinta..
Indah juga terbayang kala wajah-wajah rindu sentiasa ada di bayangan mata..
Indah??? Banyak maknanya.. Setiapnya ada keindahan..

nukilan : aku & glasgow

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Daripada Surah At-Talaq) ;
Ulangi ayat ini 3 kali

Sunday, July 26, 2009

BETAPA KECINTAAN KU KEPADAMU


salam semua .. sedih benar aku pagi nieh .. aku ada membaca perihal penyanyi kesayanganku di dlm satu blog kenalan baru ku ... sadiss sgt ... aku ingin berkongsi dengan teman2 semua ... sedikit dari petikan ini dan seterusnya , bacalah di dalam bloggers ini , baca yer jgn x baca , pasti korang terperanjat .....


http://ajijoi.blogspot.com/
( kalau still x leh buka , bukak dari link yg aku add kat sblh kanan aku yerk .. bawah sekali )

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabk
an dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.




* kalaulah aku ada disana , apalah agaknya reaksi aku kan ... mau aku menjerit memohon agar MJ dpt diselamatkan , sejak kematiannya aku sendiri sehingga skrg tidak dpt mempercayai bahawa MJ sudah tiada ,berlebih2 lagi biler aku mendengar lagunya YOU ARE NOT ALONE .. huhuhu sedeyyynyaaa bertambah2 lah lagi biler dpt tahu ada konspirasi jahat terhadap kematiannya .. semuga allah memberikan dia tempat yg terbaik disana .. kerana dia lemah selemahnya .. amin ...





Friday, July 24, 2009

hermmm KEBURUKAN MEMAKAN AYAM


taraaaaaaaaaa .. heheh selama nie aku x pernah lagi buat entry masak2 nie kan .. heheheh haa ari nieh buat pertama kalinya aku buat entry simple lunch menu aku dihujung minggu lepas .. hermm tu punn aku duk pikir nak buat ker idok entry n
ieh .. heheh suker aku lah .. nak buat ker tidak kann .. nie kan blog aku .. aku nyer umah .. wakakkaka .. hermm key , actually aku x berapa suka masak ayam nieh .. tapi masak lemak cili api ayam nie adalah yang ke 4 aku masak ... kata hubby sedap .. anak2 dan adik aku puji lain macam .. soo aku buat lah ... sesekali terasa jugak nak tukar taste .. menu ayam bukanlah menu wajib aku kat umah .. sbb anak2 aku x dibiasakan dgn menu ayam selama ini .. lately nie ajer aku cuba2 masak lemak cili api ayam nieh .. nak cuba tukar selera .. tgk macam mana .. anak2 suka tak .. huh nampak gayanya mereka suka .. tuu yang aku naik lagi takut .. means aku kena buat selalu ... tapii upppsss jgn harap wokeh .. menu nieh menu x sehat tauuuu ... wakkakakakak ..wokehlah .. layannnnn , tapi x der lah resepinya .. sbb bahan2 campak2 jerk .. tetiba jadiii jerk .. hahhahahah

ikan goreng biasa jerk ...

ayam masak lemak cili api

sayur grg sos tiram + telur shake ... hahahh ( resepi baru aku ) .. janji sodapppp


** aku nak share something with u allzzzz


MAKLUMAT SAINTIFIK


Ayam daging yang kita beli di pasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya “kelihatan subur” dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telur yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

Ayam daging yang kita beli di pasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya “kelihatan subur” dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telur yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser. tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.


Sumber : trangnu kite.net


gambar sekadar hiasan


“ Memang banyak orang tau masalah ini, tapi sukar nak elak. Kalau makan kat restoran, gerai, atau hotel sekalipun, ayam jenis ni juga dihidangkan. Lagi pun masih banyak yang tak mampu membeli ayam yang diternak secara oraganik. Cuma aku harap pihak yang berkenaan perlu lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang supaya para penternak yang nak untuk banyak ni mendapat hukuman yang seberat-beratnya. Biar dia rasa.


Wednesday, July 22, 2009

award dan TAQ lagi ... SUKAAAAAAA


wokeh ari nieh memang kalau ikut kan x der entry nak buat .. tapi aku gi jenjalan tadi tau .. hermm masuk dlm umah kenalan baru bloggers .. bro nie peramah sgt , rajin dia berblog .. hermm tersayang x jealous ker bro .. sbb ramai peminat bro nieh .. heheh x kan nak cemburukan .. sekadar mengeratkan silaturrahim , x der lah
biler tersadung dimana2 kita kesorangan kan .. heheh itulah harapan ieda juga .. wokeh award nieh sweet sgt .. terus ieda amik dan tempek kat sini .. thanx bro sbb sudi jadi sebahagian kenalan bloggers ieda ..



dan ini pula TAQ dari adik MAKLANG .. heheh gelaran maklang .. hermm samer tua ngan akak ker .. heheh .. anyway thax dik , ieda x sedar pun dapat TAQ nieh , biler masuk baru perasan ada add my name iedaimmi .. so bagi tidak menghampakan , ieda buat jugak .. BILA ORG DAH KASI TAQ KAT KITA ITU TANDANYA INGATAN DIA PADA KITA X PERNAH PADAM .. SO JGN HAMPAKAN DIA .. BUATLAH WALAU LAMBAT SEKALIPUN TANDA PENGHARGAAN KITA KEPADA DIA ... heheh lu pikir lah sendiri .. ahaksss ..

wokeh MAKLANG .. yuk layannnnnn

Sejak bila anda rasa jatuh cinta???
masa skull dulu lagi dah mula start bercinta .. ada yang x ker .. ahakss bohong lah tuh .. heheh

Berapa kalikah anda pernah jatuh cinta???
manyak sgtlah .. x hinggat maaa ( gateii erkk )

Dimana anda mula2 berkenalan???
dengan saper nieh .. dgn hubby skrg ker .. hermm panjang nieh .. tapi ingat masa kenduri kendara

Berapa lama korang couple???
beberapa bulan selepas umi aku balik dari mengerjakan haji kami terus tawin looor

Korang berdua mempunyai persamaan tak?
fuh .. yang nieh .. dari dulu sampai skrg tengah kaji .. tang mana yg kami ada persamaan .. ahaksss

Kalau korang berdua dating pegang tangan tak?
ha .. yg nie sensitif .. tapi ngaku jerlahh .. pegang lah jugak , tapi x lama aaar .. haram bebbbb .. heheh

Kalau ada orang lain nak dengan pasangan anda , apa reaksi anda?
ha .. nak kena bunuh silalah .. berani amik , berani tanggung lahhh

Jika dia tiba2 hilang tanpa pengetahuan anda apa yg akan anda lakukan...?
cuak sekejap .. dan banyakkan istigfar sambil berusaha jejak ..

Pernahkah anda bermimpi atau teringatkan kekasih lama???
mimpi x pernah , teringat adalah ..

Pernah tak anda bercerita tentang kekasih lama anda kpd pasangan anda sekrg???
pernah dan dia terima dengan tenang .. so far ok jerk ..

Hadiah paling berharga & indah adalah..?
saat diijabkabulkan dan kelahiran anak2 tercinta ..

Pasangan anda suka kanak-kanak???
sukaaaaaaaa sgt ...

Anda nak berapa ramai anak dengannya...?
3 sahaja ( kalau buleh 4 ) .. itu yg mampu dan syukur alhamdulillah ..

Apa yg ingin anda hadiahkan kpd pasangan anda tetapi tidak berani nk bagi?
x ada apa yg x berani aku bagi .. semuanya tiada rahsia antara kami ..

Siapa yg ingin anda tagged selepas ini???
siapa2 sahaja yg sudi membuatnya ... silakan .. dengan tangan terbuka ...



Tuesday, July 21, 2009

zahrien kena demam campak buah .... huhuh


salam semua ... hermm ingat tak lagi aku pernah buat posting pasal putra sorang aku ini yang kena demam campak halus kannn ... ok .. masa tuh aku nak buat posting tntg campak halus dia , dan alhamdulillah dia dah ok .. selang x sampai sebulan putra tunggal ku ini kena pulak demam campak buah .. huhuhu siannn lak .. aku pulak betul2 tgh sebuk lately nieh , x d[at cuti lama sehari jerk .. alhamdulillah nasib baik ummi aku ada .. kebetulan ummi baru balik dari kl soo .. bulehlah tgkkan zahrien .. hermm nie lah serba sedikit gambar yg dapat aku ambil sewaktu dia tgh demam tuh .. fuh geli pun ada , kesian punn ada .. bukan aper .. aku memang x pernah lagi kena mcm nieh .. kakak dia x pernah kena campak buah nieh .. sebelum ini mereka kena campak halus tuh .. tu yang rasa susah ati semacam jer aku nieh .. TAPI alhamdulillah setelah 2 minggu , skrg nieh zahrien dah ok sikit , demam dah kebah , amik air tawar dari tuk saudara di pekan , dan skrg nieh campak buahnya dah kering ... dah ok dah .. dan hari adalah hari pertama aku menghantar dia ke nursery ..

masa nieh memang dia tgh merengek jer .. serba x kena .. kata mak .. mungkin sebab rasa x selesa dan panas ... Tgk tuh , sampai kedalam mulut buahnya naik ...





masa nie , biler suh duk diam2 .. ibu nak amik gambar adik .. dia diam jerk .. ikut jerk .. kelakar pun ada .. mcm2 anak aku nieh .. skrg nieh kalau tunjuk kat tmpt2 yg dah kering tuh .. dia mcm pelik jerk .. heheh

TAQ dan AWARD


salam semua .. ermm hari nie aku melapangkan masa aku dengan menjawab semua TAQ2 yang diberikan oleh teman-teman bloggers aku .. hehhehe sukaaaaaa , walaupunn mak aii banyak .. kusudi2 kan diri membuatnya tanda ingatan terus di hati ( alamak mcm ucapan nak raya lakss ) .. ahaksss .. wokeh ada diantara TAQ2 tuh aku dah pernah buat , tapiiiiiii disebabkan permintaan dari adik KASEH .. ku turutkan jua .. hehhehehe wokeh kita mulakan dengan

TAG dari adik MIA - INA .. seorang yang ku kenali dgn sifat penyabar , aku bangga kerana dia masih dapat tersenyum dan bahagia walau diri dia derita kerana sakit yang begitu misteri ( bagi aku lahh ) anyway dik .. akak bangga mengenalimu .. dan berharap semuga hubungan ini berkekalan yer dik .. lov u ...

Nyatakan 5 Fakta Menarik Pemberi Award Ini? ..CIk Mia - Ina

~ seorang adik yg sgt peramah ( sori jgk sbb akak pun nak paste pic adik tau )
~ seorang yg sangat penyabar dan seorang novelist ( bagi aku lah .. )

~ yang syoknya dia nie seorang pendidik tau dan romantis ku kira .. bangga sgt
~ sama mcm aku progress nak kuruskan badan tuh tinggi .. ahaksss
~ mia adalah tunangan org , semuga di percepatkan jodoh ya dik ...



Setiap Blogger Harus Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Blog Seterusnya

~ seorang isteri kepada insan bernama Mohmad Sakimi dan ibu kepada 2 org putri dan seorang putra
~ seorang yang bulehlah tahan penyabar , ta
pi kalau bab2 kebersihan nie , susah sikit nak sabar , sbb aku kuat beleteq ... ahaksss
~ seorang yang bulehlah dikatakan good listerner ( tul ker aku eja tuh )
~ suka sgt bawak kids jalan2 ke tmn dan mall , tapi selalu x der masa huhuhu
~ anak2 dan hubby cakap aku nie singga .. SINGGA ker aku .. hehehh tapi bukan bengis ya ...
~ seorang yg selalu cuba untuk memperba
iki diri , muhasabah diri kerana sedar , dlm diri setiap insan tidak semuanya baik .. dan tidak semua org suka yg baik dari kita dan tidak semua org tidak suka yg jahat dari kita ..
~ lahir pada bulan jun , ada yang cakap insan yang lahir bulan jun nie seorang yg berubah2 .. berubah apa ? .. hanya tuan bdnnya sahaja yg tahu ..
~ sudah pastinya aku seorang yg buleh dikatakan peramah dan kuat bercakap ..
heheh biasalah ( dan yg pasti bukan seorang yg pemalu .. )
~ aku juga seorang yang suka buat worko
ut .. hehe utk menambahkan stamina badan .. dulu x .. skrg suka kerana HL
~ anak kedua dari 4 org a
dik beradik

Anda Perlu Memilih 8 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

ok ... bab nak TAQ org nie .. memang bab yang amat aku suka ... tapi x tahu lah kalau mereka sudi buat atau tidak .. heheh kena buat tau .. tapi kalau dah pernah buat mcm mana ? kena buat jugak untuk IEDA ini .... ahaksss

~ KASEH
~ CT RAHA
NI
~ IBU FARISH
~
IBU UMAIRAH
~ KAK WAN HERBALIFE

~ KAK WATIE
~ SHAHLIZA
~ IEDA LUV SHAM
~ RINNAM
ANJA

** jgn x buat .. nanti saya cek tau .. ahakss

dan ini pula award dan ada TAQ dari cayunk aku .. hehehe POSH76 ...



Write 5 interesting facts about the person who gave
you this award

~ aku tahu dia seorang yg happy go lucky
~ rajin jenjalan ke umah2 owang .. umah aku wajib tau !
~ seorang yg sukakan kucing .. kucing dia cumei wooo
~ still belum ada baby , ku doakan cepat d
ikurniakan cahayamata tau ...

Note down 10 interesting facts about yourself or your hobbies

ha .. nie samer jerk macam kat atas tau .. x kurang dan kalau lebih punn salah taip lah tuh .. wakkakakak

Pick your 10 most deserving recepients

ha .. saper erkkk aku nak TAQ .. hermm , mereka adalah

~ LEYA JAMIL
~ NINIE
~ MEL
~ RAJA RADIAH
~ BIE

~ ARA
~ MAK LANG
~ MAMASYAZA
~ CIK LYNN
~ AISHA

** jgn x buat .. akak cek nanti .. ahakss


dan ini pula AWARD dan TAQ dari adik KASEH .. ok dik akak dah jawab nieh .. heheh



Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

~ ada 4 ekor kucing yg .. ya allah cumeinyaaaaaaaaaaa ~ seorang yang sangat mesra .. ~ rajin masuk umah aku nieh .. thanx dik ~hehhe baru tahu kaseh peminat peirre andre dan ako mustapha ~ sama macam akak , teringin nak kuruskan badan ..

Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

ha .. yang nie dik ... sama mcm kat atas tuh yerk .. 1st TAG tuh ...

3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.

hermm n
ak TAQ semua teman2 dan kenalan2 yang menjadi followers aku .. tulun buat yerkk .. yg namanya tiada di atas sana .. sudi2kan lahh .. persahabatan anda amat ieda hargai .. muahhhh

4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged

harap2 mereka yg masuk sini dah baca dan sudi2 kanlah membuatnya ya ..

5• Paste the award badge in your sidebar.

memandangkan akak dah pernah buat TAQ nie .. awardnya pun akak dah paste kat sidebar ...



Friday, July 17, 2009

kesibukan yang terlalu



salam semua .. huhuhu rinduuuuu nya ... mesti ramai kenalan2 dan adik yang disayangi bertanya kemanalah akak ieda nie kan .. heheh ( eleh ader ker yg bertanya .. wakkakka ) hermm actually aku sebuk giler minggu nieh .. sibuk dirumah dan di pejabat jugak .. nie punn aku curi2 masa upload dan buat entry sampingan sementara aku x leh nak upload cerita terbaru aku ( geram tul bila bab nak upload gambar nieh .. ) di rumah zahrien anak teruna tunggal ku kena demam campak buah .. huhuhu sedey sgt ( nanti aku buat entry khas utk dia yerk .. tunggu ) .. dah seminggu lah termasuk hari ini .. mujurlah ummi aku ada utk menjaga kerana sudah pasti dia x ku hantar ke nursery kerana khuatir berjangkit .. setakat hari ini aku tgk dah ok sikit , gelembung2 air dah mula pecah dan kecut ... siannn zahrien , patutlah 2 -3 ari nie meragam ajer .. rupanya nak kena demam campak berair pulak ..
dan cerita kesibukan di office pula , semester baru UTM dah hampir nak bermula , banyak preparation yg perlu aku lakukan , besides of resault final budak2 dah pun keluar , soo berkerumunlah dgn pelajar yg nak tahu resault dan parents yg keep on calling nak tahu resault anak masing ... huhuhu kalau aku jadi parents punn aku punn akan kalut jugak kan .. hermm well known about that .. cuma a little bit kalut lah jugak kan .. so actually i us to it , every semester memang mcm ini , so x heran dah .. cuma rinduuuuuuuuu sgt sbb .. mcm adik ITA cakap lahh dah lama x nampak akak terjah umah kengkawan .. ehekkksss ... nanti2 .. akak terjah jugak ...

I LOV U ALL ... sbb sudi ambil berat akan diri ieda ini ..
(alamak emooo lah pulakkk .. wakkakka)


" Nikmatilah kesibukanmu sebelum kesibukan itu hilang dan kamu menyesal karena tidak menyadari betapa berharganya kesibukan itu.. "

Saturday, July 11, 2009

adakah kau khadijah itu .. - mala


normalawati abd moris dan pasangannya





“Kawinilah mereka dari keluarga yang soleh, kerana keturunan keluarga itu juga menpengaruhi”

hahahha mesti semua suspen kan .. ngan ayat kat atas tuh .. heheh x der aper2 pounn kasi gempak sikit2 jerk .. (payah tul nak upload entry kali nieh) .. huhuhu barulah u allz ada perasaan nak masuk sini .. wakakkakak ... wokeh sbnarnya aku mengambil mood bila nak upload gambar kawin ex office mate ksp .. adik mala nieh .. ermm kawin jugak koo mala ... ( hehhe jgn mara dik .. tulau2 jerk ) ... alhamdulillah jodoh dah sampai kan .. saper sahaja jodoh kita terimalah seadanya .. semuga mala kekal sampai bila2 .. akak doakan ... majlis nie last weekand , ari ahad di pekan .. dlm ujan layie .. heheh aku redah jerk .. ramai jugak mamber2 opis yg dtg .. along , mek zue , azwa , kak ja dan anis .. yg lain2 aku x jumpa sbb aku dtg awal dn balik awal jugak sbb nak terus balik ke kuantan pulak ... so atas tuh ada beberapa keping gambar buat tatapan semua teman2 opis yg x berkesempatan ke majlis adik mala kita nieh .. amacam ada makeover tak wajah mala ... kuikuikuikui .. Dan barangsiapa yang mengawini seorang wanita, tiada diharapkan daripadanya melainkan ia dapat menutup pandangannya, memelihara kemaluannya atau menyambung tali persaudaraan, niscaya Allah memberi berkah baginya pada wanita itu, dan memberi berkah bagi wanita itu padanya”


DAN BUAT MU MALA - titipan nasihat dari akak

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya . Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..


Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.


Untuk isteri renungkanlah...


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah
setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunanyang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama


Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami
adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami
bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.


Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.


nukilan : senja itu merah

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...