Friday, December 25, 2009

kenapalah manusia kejam masih ada di muka bumi ini ..


KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Kejadian menimpa bayi itu disyaki berlaku di sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini, beberapa minggu lalu, namun penderitaannya hanya diketahui selepas dia dibawa ke hospital kira-kira jam 10 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata penderitaan bayi itu terbongkar selepas doktor yang merawatnya mendapati terdapat beberapa kesan lebam di badannya.

“Sebaik dihantar ke hospital kerana tidak sedarkan diri, bayi malang itu didapati mengalami kecederaan luar biasa menyebabkan pihak hospital menjalankan siasatan lanjut.

“Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada bapa mangsa, namun curiga dengan jawapan lelaki itu menyebabkan laporan polis dibuat,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal serumah bersama ibu bapanya dipercayai sering diabaikan hingga menyebabkan bayi berkenaan sakit dan sering menangis akibat kelaparan.

Zulkifli berkata, pada mulanya, bapa bayi terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai memberi alasan kononnya anaknya terjatuh ketika didukung hingga mengakibatkan cedera di badan sedangkan doktor mengesyaki kecederaan itu bukan akibat terjatuh.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan menahan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hingga kini, mangsa masih terlantar di ICU HTAA,” katanya.

petikan : harian metro 25 Dis 09

p/s kenapalah manusia syaitan mcm nieh masih hidup .. mengapa x der saper2 leh bela nasib bayi ini .. hukumlah seberat2nya mereka yg melakukan ini .. sayu hati biler membaca artikal ini .. ya allah jgnlah kau jadikan hati dan perasaan aku seperti mereka2 ini ...


3 comments:

  1. Tu lah..heran dengan keadaan sekarang ni..manusia sudah semakin hilang pertimbangan..perilaku kadang2 melebihi haiwan....Tak paham dengan diorang ni kan kak..ada anak didera...Tak piki ker anak tu anugerah Allah...
    Sedey tau...Sorry kak emo skit..hee..hee

    ReplyDelete
  2. salam

    cukup sedih keadaan sekarang nie.. dunia sekarang dah macam-macam. kejap kali kita dengar kanak-kanak menjadi mangsa dera.. anak-anak tanggungjawab.. anugerah dari Allh....

    ReplyDelete
  3. memang pun, cukup menghairankan...tak ada peri kemanusiaan langsung, sedangkan kita bila tgk baby..rasa sronok sgt....rasa sayang walopun bukan anak kita..apala salah budak sekecil tu..patut hukum bunuh ja pd manusia camtu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...