Tuesday, December 22, 2009

KEBAIKAN KISMIS utk mulut berbau ..


bosan tul ari nieh .. ujan kat luar .. mulalah peyut aku berkeruk2 kelaparan huhuhu .. sib baik amik F1 pagi 4 scoop .. skrg jam menunjukkan 12 tgh .. lapoor maaaaaaaa .. ermm baru aku teringat aku ada beli kismis dgn officemate aku semalam ... actually kismis bukanlah makanan ruji aku .. nielah 1st time aku beli dan letak kat office utk xtvt kunyah2 aku kalau lapoor sgt ... leh tahan lah .. 20 bijik kismis sungguh mengenyangkan .. soo moh layan kebaikan kismis nieh ..

oh ya anak2 aku x berapa suka .. tapi aku paksa sbb .. sbb nak bagi mereka tajam minda seperti yg di katakan dibawah .. insyaallah .. dah start skull nieh aku kena beli buat stok kat umah ..
biar jadi amalan mereka ..




Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampun mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.

Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.


Membantu menajamkan Minda:

Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak (Otak kekurangan oksigen) . Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith (menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.

Boron untuk tulang yang sihat:

Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.

ref : JQF seri amar diraja

P/S: Oleh itu, saranan saya kepada para pembaca ialah tingkatkan pengambilan kismis dengan kekerapan yang tinggi…Cuba renungkan mengapa orang2 Arab mempunyai daya ingatan yang kuat ?



5 comments:

  1. aku mmg suka makan raisin as a snack
    nak makan mr potato takut gumuk hehe

    ReplyDelete
  2. dulu2 selalu kasi bbdk mkn kismis ni.. mmg elok tuk minda..

    ReplyDelete
  3. kak ida..thanx 4 the info n thanx 4 the comment...

    ReplyDelete
  4. salam..
    kismis...suka la..sedap dicampur dalam nasi briyani,nasi minyak,ABC,kek buah..pendek kata selain dimakan mcm tu ja,mcm2 boleh buat dgn kismis,kan...

    ReplyDelete
  5. anak2 akak pun suka ngan kismis ni...tambah2 kalo akak buat puding roti+kismis, depa suka sgtt..mmg byk khasiatnya mkn kismis, tq utk info yg bagus

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...