Wednesday, September 16, 2009

ALHAMDULILLAH SYUKUR


alhamdulillah syukur ke hadrat allah kerana tahun ini kami di ksp mendapat bonus raya yg banyak ( banyak bagi kami lah ... heheh kalau org lain tuh noo komen ) pagi2 lagi aku dah duk skodeng CIMB clicks ... dan memang dah budget masuk bonus pagi nieh , cuma x sangkalah ... kata org rezeki tahun ini .. alhamdulillah sekali lagi .. aku tumpang gembira dengan teman2 sbb nya ... ermm yerlahh x sangka tahun ini , julung2 kalinya kami semua mendapat bonus raya yg x disangka2 .. so memang amat2 bersyukur dan terima kasih kepada BIG BOS dan MADAM kerana semua boleh tersenyum gembira .. insyaallah semuga dengan bonus raya ini , dapatlah meringgankan serba sedikit beban nak mengadap raya dan selepas raya .. hermm kena ingat semua .. kita ibu bapa nieh selepas raya dah nak mengadap anak2 mula bersekolah pula .. hhuhuhuu soo mana duit yg ada lebih tuh .. kenalah beringat selalu ... menyimpan tuh penting dan berhemahlah dlm berbelanja ... yebaaaaaaaaaa aku punnn kena ingat untuk diri aku jugak .. heheh , wokehlah teman2 .. actually mood untuk berblog dah mula merundum sbbnya aku dah mula sebuk nak berkemas dan pack2 barang nak balik kg .. huhuu esok last day kerja .. pastu malam CABUT BALIK KG LAHHHHHHH ... wakakkakakak ( bukan jauh noo kg aku .. pekan joooo ) heheh alahhhhh janji balik kg ..... ok semua .. sehingga berjumpa lagi .. dan sehingga ke hari ini , kalau aku x busy aku berblog lagi .. kalau idok .. seee you allzzz after RAYA ... salammmmmmmm



TIPS UNTUK CERIA DAN GEMBIRA SELALU...

Setiap hari kita mempunyai bermacam-macam kekangan dan masalah yang perlu kita tempuhi, oleh yang demikian pelbagai perasaan akan timbul seperti marah, gelisah dan lain-lain emosi. Oleh itu, gembira adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula perasaan yang normal pada setiap orang itu, di sini kami ada menyatakan beberapa tips sebagai panduan kita semoga kita dapat menjalankan aktiviti harian kita dengan penuh perasaan gembira dan ceria...insyaAllah..

1. Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.

2. Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.


3. Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.


4. Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik

5. Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.


6. Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

7. Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.


8. Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain



3 comments:

  1. Salam semua.

    Anda dijemput untuk menyertai Komuniti Blogger kami secara percuma. Berkenalan dengan blogger dari serata pelusuk dunia dan promosikan blog anda di IMCurtain.com

    ReplyDelete
  2. aku suker sumer tips yg ko bg tu...

    best nyer dah nak cuti raya...aku still keje sampai friday...

    aku nak amik kesempatan utk ucap "selamat Hari raya maaf zahir batin"

    Hati2 bwk keta nak balik kg tau...

    ReplyDelete
  3. salam sis.. slamat hari raya ye...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...