Tuesday, August 18, 2009

SALAM MENYAMBUT RAMADHAN


hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi , bulan mulia menjelma lagi , alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kerana aku masih disini , menyahut seruan mu di bulan yg penuh kebesaran ini ... panjangkanlah langkah dan tingkatku untuk mencari kedamaian dan ketenangan di sisimu .. ya allah kau berikan aku dan keluarga ku kesihatan yang sebaiknya bagi menjalani ibadah mu di bulan yg penuh barakah ini .. insyaallah .. dan doaku buat semua teman2 agar kedatangan bulan ramadhan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya ... amin ...

** buat semua teman2 , adik2 dan kenalan2 x kiralah yg jadi followers ker , yang singgah2 jap tuuu , silalah amik kad ucapan ramdhan ini dan gantung di umah masing2 , ikhlas ingatan dari ku buat anda semua .. LOV U ALL


Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim memekarkan keberkatan dan kebesaran Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku yang menghilangkan amarahku yang menghadiahkan penghargaanku buat insan-insan tersayang yang menambahkan cinta kasihku pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji yang mengurangkan keberkatan ya Mutakkabir

Ramadhan syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat lalu, haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi tanpa sujud syukurku pada Ar-Rahman Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku patah perkataanmu adalah keajaiban adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi yang menjadi peganganku penunjuk arah dalam langkah perjalananku yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam adalah matahari bagi hatiku bulan bagi jiwaku bintang bagi mataku

Ramadhan perjuanganku menggapai solehah
baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu selama mana nafas masih menjadi milikku
YA ALLAH sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

nukilan : LIEANI iluvislam

ermm , dpt kad ucapan SELAMT BERPUASA dari adik LOVE di LOVE 2COOK , nice 2 know u dik .. teman bloggers non muslim yg sweet sgt .. thanx kerana menghargai kepercayaan kami ... sama2 kita rasai kehangatan dan kemeriahan ramadhan ini ...


12 comments:

  1. Salam, selamat berpuasa.. selamat berjihad

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa untuk ieda sefamily jugak...eh ieda, kalu bro ambik pic selamat berpuasa tu leh tak? nak tepek kat blog bro la. cantik la pic tu

    ReplyDelete
  3. salam...selamat berpuasa gak...aku mintak ampun yer kot2 ada apa2 terlebeh sudah...

    award tu amik sumer or yg ada quran tu ajer...

    mintak2 this year ramadan leh khatam quran amin.....

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa juga ... (^_^)

    ReplyDelete
  5. selamat juga utk kamu... pakcik ambik dan tepek dah,,huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. selamat berposa juga utk ieda sekeluarga

    ReplyDelete
  7. Salam Ieda..

    Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa..untuk Ieda sekeluarga..yer.. :)

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut ketibaan Ramadan buat Kak Ieda sekeluarga..

    thanks 4 the card!..

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut bulan ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa eh kak ieda... moga puasa kita diberkati ALLAH... take care kak..

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa tuk k.ieda & family too..semoga Allah merahmati amalan baik kita dibulan ramadhan ni, Amiin..

    ReplyDelete
  11. bukak pose cara herbalife
    hehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...