Sunday, August 2, 2009

MAKANAN BERMINYAK


menu kami smlm ...


ikan goreng jerk ..

paprik campur

udang masak lemak sambal

aku makan aper ! hermm mcm biasa tgh ari tuh aku shake jer ..
sbb pagi dah makan roti canai ...


ermmm lepas menjamu selera tgh ari tuh .. petang hubby ajak jenjalan ke MEGA , hehehe suka kebetulan ibu nak cari beg tangan .. hermm x dpt punn disana .. kami ke OCEAN pulak .. haa kat sana, dapat jugak yg ibu impikan .. beg tangan PELCO dan sehelai 2 jeans .. hehe x caya dah leh pakai saiz 33 - 34 ( sblm nieh 36 yoooo ) ....



yuk kita baca info sihat ini ..

ELAK MAKANAN BERMINYAK !

LAPORAN mengenai jangkaan hampir lima juta golongan muda di negara ini akan mengalami penyakit kronik pada tahun depan, sungguh mengejutkan dan menarik perhatian ramai. Angka ini dijangka meningkat sekali ganda menjelang 2020 jika tiada usaha diambil untuk membanterasnya. Hasil kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan antara 2000 hingga 2003 mendapati ramai golongan muda berusia di bawah 29 tahun dimasukkan ke hospital kerana penyakit jantung dan strok. Kajian itu juga mendapati 420,200 orang mengalami masalah obesiti, 1.5 juta berlebihan berat badan dan 8.4 juta mengamalkan gaya hidup pasif — kemungkinan juga ada yang langsung tidak pernah bersenam! Masalah ini akan tambah meruncing jika kita masih meneruskan gaya kehidupan moden yang diamalkan kini. Ada banyak penemuan lain dalam kajian berkenaan, tetapi inti pati yang penting ialah, semua masalah itu berpunca daripada makanan dan kegemukan. Apabila gemuk, pergerakan dan aktiviti fizikal menjadi perlahan, menyebabkan banyak penyakit mudah bersarang. Ramai pakar diet dan pengamal perubatan percaya, berpuasa secara umumnya cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, ada juga yang resah kerana berdasarkan pengalaman lalu, puasa sebulan masih tidak mampu menurunkan berat badan, sebaliknya badan menjadi semakin berisi walaupun dirasakan pengambilan makanan ketika berbuka tidaklah sebanyak mana.
Selain itu, makan banyak selepas menunaikan solat tarawih dan tidur ketika perut masih kenyang juga merangsang kepada masalah ini, sedangkan kita disaran supaya hanya tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
Jadi tidak hairan jika ramai mengalami pertambahan berat badan, walaupun berpuasa sebulan.

INFO : promote 5


5 comments:

  1. kak...sedap nya tengok udang itu!!!!!!!!sambal itu akak letak santan yeee.....

    ReplyDelete
  2. wah udang tue...besarnya...waduh..waduh..sabr je mia tengok....aik, selera berminyak ek kali ni kak...sekali sekala...(ayat penyedap..haha)

    kak, betul2..time pose kali ni bg memastikan diet mia berkesan, mia hrp dpt mengawal slera & bersabar banyak mcminfo akak bg tue la..

    tq kak....

    ReplyDelete
  3. rajin la kak ieda memasak! smalam ieda&sham berpuasa, tdo...memanjang! masing2 maleh nak kuar mkan hehhehe!!! rasenyer tdo lagi kenyang! hahahha!!!

    ReplyDelete
  4. shedapnye makanan ituuuu! k.ieda minum shake je la? hehe..betul tu, kebykan makanan melayu ni sumenye berminyak tahap kronik kan? klu tgk org2 cina, ramai amoi2 yg ramping. klu tgk drg salunya makan yg bersup2..tu salah satu sbb drg kurus tu..

    ReplyDelete
  5. wah3..sedapnyerrrr... huhuhu..kalu bab mkn sume sedap yus nie.. k.ieda buat smbal mcm mak yus buat, dia letak smbal sebab x nak pedas sgt tp yus lak suka pedas2...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...