Wednesday, August 5, 2009

H1N1 di kolej


haaaaaaaaa musti semua terkezut giler kannn tgk aku cengginikan .. inilah reaksi kami kepada penularan wabak H1N1 tuh ... dah sampai ke kolej dah .. terbaru pada hari yg sama .. kami dpt berita confirm! pelajar kami 4 org positif H1N1 ... dengan serta mertanya kami diarahkan tutup operasi sementara waktu selama seminggu ...actually dah beberapa kolej dah mula menutup operasi sementara mereka .. dan kini giliran kolej kami .. fuh amat mengerikan suasana ini .. selepas ajer aku snap gambar2 nieh .. dgr announcement dari management menyuruhkan menyelesaikan kerja2 yg sedia ada .. dan diminta dengan segera meninggalkan kolej ... fuh dapat bayankan bagaimana keadaan kolej ketika ituuu .. HURU HARA .... mana dengan peperiksaannya ... pelajar2 yg dtg bertanyakan slip examnya ... fuh

ha .. tgk tuh .. dah mcm ninja dah aku nieh ... wakakkaka

bersama teman sepejabat


keadaan di pejabat ( bhg akademik .. tmpt aku lahh )

dan kebetulan aku mendapat tiket percuma undangan VIP ( ecehhh ... ) untuk ke YUNA MINI CONCERT anjuran kelab muzik di kolej ku ... memang aku x akan lepaskan peluang .. tapi disebabkan arahan tergembar itu maka secara automatiknya semua persembahan dan xtvt tertunda .. sooo tungguuuuu kemunculan entry khas konsert mini YUNA ini .. heheheh



WABAK DAN PENYAKIT

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan. Dalam menghadapi bahaya yang mengancam; Islam melarang manusia memusnahkan diri mereka secara sia-sia.

Diharamkan membunuh diri sendiri atau orang lain, mencederakan diri atau orang lain. Semua itu dilarang melainkan dengan sebab yang sah seperti perang, bunuh balas, hukuman dan seumpamanya.

Firman Allah:

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

FirmanNya juga:

“jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam ertikata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.

Nabi s.a.w ketika berbicara tentang taun menyebut:

“Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan ‘quarantine’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi s.a.w:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

nukilan : drmaza



6 comments:

  1. Dapat cuti laa yer..tutup ofis..ekk.. Ok laa tuh balik umah kang tak pasal2 terkena laak jangkitan satu masalah le pulak..

    ReplyDelete
  2. bestnyer dapat cuti..

    p/s: akak, lepas nie leh jd pelakon tmbhn watak ninja ye..

    ReplyDelete
  3. memang ngerilah ieda..kat johor ni pun dah ada 2 kematian yg membabitkan kanak2. mudah2an kita semua dijauhkan dari penyakit merbahaya ni..amiin..

    ReplyDelete
  4. aduhai..menakutkan...nsb aku x balik JB selalu..dkt sek mak aku tue la..kes yg mati..aduh.duh...mintak simpang le

    ReplyDelete
  5. mmg kena pakai.Langkah berjaga-jaga..mcm2 penyakit dh menular skrg speacialy HINI..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. menakutkan btul la wabak nih.. tp masih ada lagik yg x prihatin ngan masalah sekelling..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...