Friday, July 10, 2009

KEBURUKAN MAGGI


sblm aku berceloteh panjang mengenai menu aku mlm tadi aku amat berbesar ati ingin menempek AWARD dari minah kesayangan hamba nieh .. wakakkaka lawak lah pulokkk ... posh .. aku amik nieh .. mu kasi kannnn kannn kannn .. mihahhaha



dan ini pulak dari adik kenalan baru blog aku .. adik BEA ( cantik bunga tuh , tapi bila sampai kat blog akak nieh dah tak blink2 dah dik ) .. dik ! tkasih daun keladi , semuga mu murah rezeki dik .. mihahhaha , suka layan adik bea nieh .. dia suka berpantun tau ... kuikuikui akak nie x pandai pantun2 nieh .. cikit2 leh lahh ... huhuhuh





hermm nak citer sikit .. punyalah busan sbb x dapat nak upload pasal majlis kawin mamber aku baru2 nieh .. so aku lanjutkan citer tu di lain entry sahajalah .. hermm petang tadi aku ada pilates class , so mcm biasa bila balik aku dah x larat semacam .. satu badan rasa lain .. heheh lenguh2 punn ada .. so since tgk aku lain mcm jerk .. hubby pun cakap mlm nie ayang masak MAGGI jer lahhh abang dah lama x makan .. sooo aku aper layie .. hehehh mcm dah tahu2 jerk aku nie dah malas nak masak .. so memang secara kebetulan aku dah lama x pekena maggi di umah , so aper layie .. sekali masak sampai 3 bungkus haaaaaaaaa .. heheh yang paling suka makan riena lahh .. siap cakap ibu masak sedap aaar .. heheh nak tambah lagi lah tuh .. Ok , actually makan MAGGI nieh amatlah tidak baik untuk kesihatan , so moh aku share something with u all ...

Bahaya makanan & minuman segera

Setiap hari iklan TV memaparkan iklan makanan & minuman segera yang berjaya menarik hati kanak-kanak. Sehingggakan kanak-kanak lebih mengenal KFC, McDonald, Pizza, BurgerKing , Coca-Cola, FN. Makanan & minuman ini mengandungi perasa, pengawet dan pewarna yang bila diambil setiap hari, setiap bulan setiap tahun akan akibatkan penyakit orang kaya seprti darah tinggi, diabetes, kanser, sakit jantung sehingga keluarlah istilah “mati segera” kepada peminat makanan & minuman segera.

Nasihat 380

Paling keterlaluan, ada juga iklan makanan ringan ini yang mengeksploitasi unsur pendidikan dan riadah sebagai pelaris barangan mereka. Misalnya ada pengeluar makanan ringan yang cubaAda juga yang bertindak memberikan hadiah percuma berbentuk alat tulis comel dengan alasan mendorong minat belajar. Sedangkan realitinya, kehadiran makanan ringan ini akan menjejaskan proses pembelajaran, kerana perhatian kanak-kanak akan lebih bertumpu pada rasa makanan dan hadiah yang diberikan. Namun hakikatnya, menurut pakar pemakanan, makanan ringan sebenarnya tidak menyumbang kepada pembekalan nutrisi terhadap kanak-kanak, kerana ia tidak mengandungi sebarang zat mahupun khasiat. Malahan ia sebenarnya mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Ini dibuktikan dengan penggunaan mononatrium glutamate, gula, garam, bahan pewarna dan pengawet yang tinggi, yang bertujuan mengekalkan kesedapan dan kesegaran. Namun, segala bahan ini dikenalpasti sebagai agen utama kepada masalah kesihatan, seperti kanser, kerosakan gigi, obesiti (kegemukan) dan jantung berlubang. Misalnya, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas kanak-kanak sekolah menunjukkan 89% daripada mereka mengalami kerosakan gigi, 60% diserang penyakit gusi dan 20% lagi berada di tahap serius dan memerlukan rawatan doktor gigi. Dari aspek kewangan pula, kehadiran makanan ringan menjejaskan semangat menabung di kalangan kanak-kanak, yang akan lebih gemar menghabiskan wang persekolahan mereka untuk membeli makanan ringan. mengaburi mata anak-anak dan ibu bapa bahawa makanan mereka berkhasiat, dan boleh dinikmati ketika melakukan aktiviti berfaedah seperti belajar dan berekreasi.


sumber : nasihat 380


13 comments:

  1. suke baca celoteh ieda yg penuh dgn informasi yg berguna dan nasihat yg bagussss utk dijadikan panduan supaya keluarga lebih bahagia...........

    ReplyDelete
  2. sALAM
    HIHIHI MANA ada pandai kak berpantun-pantun,tu main tembak je.A ah ya, tk blink plak,tapi blank blink hihii ada2 aje!

    ReplyDelete
  3. selalunye mende yg tak baik utk kesihatan tu la yg slalu sgt kite mkn...sedap beb...nyummmm..nyummmmm

    ReplyDelete
  4. thx sudi ko tepek...mestiler bg ko..ko kan kawan paling behhh...walaupun jauh nuuun..hehe

    ReplyDelete
  5. lupa nak bg tau sbb tu sejak aku diet cam nak giler..megi diharamkan masuk umah aku..haha..padahal itu la makanan asasi aku dulu...cepat dimasak sedap dimakan...hehe

    ReplyDelete
  6. Kat rumah ni..lg dilarang lagi hb buat stok...kadang2 kalau nak mkn juga sua akan guna meenya saja..ubah suai perencah..hehhehehe..meegi la jugakan..

    ReplyDelete
  7. salam..
    kak, yang membahayakan kesihatan, perencah dia je, sebab ada campuran yang merbahaya jika tidak dikawal macam monosodium glutamat.yang ni, boleh mendatangkan kanser.
    tepungnya pula ( yang maggi tu sendiri ), sangat sesuai untuk mereka yang nak cepat kurus.sebab bahan utamanya,adalah tepung a.k.a larutan tak tepu.maksudnya ia tidak akan larut dalam tempoh jangka masa panjang.disini, apabila kita makan maggi tu, tepung tu dihadamkan oleh badan.tetapi tidak akan larut untuk diserap dalam badan.ia akan menempel pada permukaan usus kulit selama berminggu-minggu ( 1 pek ni je ) dan menghalang tubuh dari menyerap hampir 80% nutrien dari makanan yang telah kita makan selepas maggi tersebut. tubuh badan yang memerlukan nutrien, akan mencari alternatif lain untuk membantu sel2 badan untuk terus aktif.nutrien paling banyak yang tinggal, lemak.lemak pada mana2 bahagian tubuh yang selalu kita gunakan, contohnya kaki, akan dibakar oleh badan bagi menggantikan fungsi nutrien seperti protein supaya bahagian anggota badan terbabit, mendapat bekalan tenaga yang secukupnya.lemak pada bahagian anggota badan tersebut akan dibakar sehingga lemak tersebut habis digunakan ( dengan kata lain, selagi badan tidak dapat menyerap nutrien dengan secukupnya kerana lemak adalah nutrien terakhir yang akan digunakan oleh anggota badan ) tetapi perlu diingat! lemak tidak dapat dibakar dengan mudah tanpa meminum air dengan secukupnya. sebab itu, kebanyakkan produk pelansingan tubuh badan, ada yang menggunakan unsur tepung tidak larut ini. TETAPi, perencah maggi dan yang seangkatan dengannya, adalah merbahaya jika pengambilannya tidak dikawal.contoh.makan 3 bungkus maggi serentak, 3 perencah maggi turut sama dimasukkan..nisbahnya, seelok2nya, 3:1

    ReplyDelete
  8. eh.tersilap. permukaan usus sahaja* bukan 'kulit'..tang kulit ni, tertambah'.maaf

    ReplyDelete
  9. wah info bagus ni..mekasih kak...

    ReplyDelete
  10. wat jemput2 pisang n lempeng berkhasiat n bebas bahan kimia

    ReplyDelete
  11. umah saya ni pun kak kalau time malas masak ni ler pilihannya..tapi kita ubahsuai la kan..kurangkan penggunaan rencah tu...pastu taruk sayur byk2..fuhh sedapnya..jadi mcm mee sup..

    ReplyDelete
  12. di rumah izan mmg tak boleh..hhii..meggi mmg xelok..gitu juga minuman segera yg manis2 tuu

    ReplyDelete
  13. tau tak baik ntuk kesihatan tapi....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...