Saturday, July 11, 2009

adakah kau khadijah itu .. - mala


normalawati abd moris dan pasangannya





“Kawinilah mereka dari keluarga yang soleh, kerana keturunan keluarga itu juga menpengaruhi”

hahahha mesti semua suspen kan .. ngan ayat kat atas tuh .. heheh x der aper2 pounn kasi gempak sikit2 jerk .. (payah tul nak upload entry kali nieh) .. huhuhu barulah u allz ada perasaan nak masuk sini .. wakakkakak ... wokeh sbnarnya aku mengambil mood bila nak upload gambar kawin ex office mate ksp .. adik mala nieh .. ermm kawin jugak koo mala ... ( hehhe jgn mara dik .. tulau2 jerk ) ... alhamdulillah jodoh dah sampai kan .. saper sahaja jodoh kita terimalah seadanya .. semuga mala kekal sampai bila2 .. akak doakan ... majlis nie last weekand , ari ahad di pekan .. dlm ujan layie .. heheh aku redah jerk .. ramai jugak mamber2 opis yg dtg .. along , mek zue , azwa , kak ja dan anis .. yg lain2 aku x jumpa sbb aku dtg awal dn balik awal jugak sbb nak terus balik ke kuantan pulak ... so atas tuh ada beberapa keping gambar buat tatapan semua teman2 opis yg x berkesempatan ke majlis adik mala kita nieh .. amacam ada makeover tak wajah mala ... kuikuikuikui .. Dan barangsiapa yang mengawini seorang wanita, tiada diharapkan daripadanya melainkan ia dapat menutup pandangannya, memelihara kemaluannya atau menyambung tali persaudaraan, niscaya Allah memberi berkah baginya pada wanita itu, dan memberi berkah bagi wanita itu padanya”


DAN BUAT MU MALA - titipan nasihat dari akak

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya . Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..


Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.


Untuk isteri renungkanlah...


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah
setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunanyang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama


Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami
adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami
bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.


Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.


nukilan : senja itu merah

6 comments:

  1. wah sejak dg gembira ni...mia tgk posting kak ieda di blog ni asyik masyuk dgn hal kahwin ni...ada ape2 ke ni

    aduh, just doa je kak..smeoga bahgia selalu

    mesti tgk gmbr kahwin kwn akak ni, tringat ms kawin2 kan..hehe

    kwn akak ni age berapa dgn psggnya tue?
    hmm,pelik sbb br kahwin???

    ReplyDelete
  2. salam, bagus tazkirah ni.. kalaulah dapat dijadikan panduan dan amalan.. murnilah kehidupan di dunia dan juga di akhirat.. sama-samalah berusaha dan berdoa serta bertawakkal agar kita semua berada di atas jalan yang lurus.. jalan Nabi Allah Ibrahim a.s

    ReplyDelete
  3. comel kawan ieda tu:) selamat pengantin baru..semoga berkekalan:)sehebat khatijah?amin..semoga dimakbulkan dan jadilah isteri yg taat dan soleh disisinya...

    ReplyDelete
  4. 'SELAMAT PENGANTIN BARU'.....tuk mala

    ReplyDelete
  5. tersentuh lak bila baca ayat2 akak nih.. :D

    ReplyDelete
  6. comelnya anak dara tu!

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...