Monday, June 15, 2009

kasihan dan AWARD lagi ...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090615005313/Article/index_html

ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan barusia 13 hari kerap menangis kesakitan selepas kedua-dua pahanya patah dikatakan akibat kecuaian jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini ketika menyambut kelahirannya, 2 Jun lalu. Ibu mangsa, Noor Amiza Badaruldin, 28, seorang peniaga, berkata dia hanya mengetahui paha anak sulungnya patah selepas dua hari bersalin. Keadaan itu menyebabkan kedua-dua kaki bayi berkenaan terpaksa disimen.Noor Amiza percaya kemalangan menimpa anaknya berpunca daripada sikap jururawat yang mengambil ringan mengenai keselamatan selain dikhuatiri tidak terlatih kerana tidak menggunakan teknik betul ketika menyambut kelahiran.
"Sebaik dilahirkan, seorang jururawat muda menjinjing kedua-dua kaki dan tangan bayi saya sambil menunjukkannya kepada saya untuk memaklumkan dia adalah bayi perempuan.
"Dalam keadaan lemah, saya nampak kepala anak saya terkulai dan cara dia memegang bayi tidak betul dan berbahaya kerana tulangnya masih lembut."Saya amat kesal dengan kemalangan yang menimpa anak saya kerana sejak kejadian itu dia kerap menangis mungkin kerana kesakitan," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Mas Merah di sini, semalam.


"Doktor itu memberi amaran supaya merujuk kes seumpama itu kepadanya terlebih dulu kerana ia boleh memberi implikasi buruk," katanya.

( SIAP BAGI AMARAN LAGI ... BANGSAT PUNYER DR ! ... )

Suaminya, Noor Hairy Baharom, 28, berkata, ketika kejadian beliau duduk di bilik menunggu kerana tidak dibenarkan masuk.
"Pada mulanya doktor berdolak dalih ketika ditanya mengapa bayi saya perlu ditahan lebih lama, tetapi akhirnya mereka mengaku kedua-dua pahanya patah. "Doktor memberi pelbagai alasan dan ia sukar untuk diterima," katanya.Noor Hairy membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, tiga hari lalu, dan turut mahu Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang cuai sehingga menyebabkan kecederaan kepada bayinya.

Noor Amiza berkata, nama bayinya juga belum didaftarkan dan bercadang memberi nama Putri Noor Damia Danisha."Selang setengah jam selepas itu seorang jururawat datang memberitahu uri saya tertinggal dalam rahim dan perlu dibersihkan. "Tidak lama selepas itu beberapa jururawat datang cuba mengeluarkan uri dan saya terasa amat sakit, sebelum seorang doktor datang memarahi jururawat kerana tidak memaklumkan perkara itu kepadanya.

** KEPADA SEMUA TEMAN2 BLOG .. INI SEMUA PENGAJARAN KEPADA KITA , SIAN KAT BAYI YG TAK BERSALAH .. KALAU KITA MAMPU, PERGI LAH BERSALIN DI HSP SWASTA ( BUKAN NAK KOMEN HSP KERAJAAN X BAGUS , TAPI TGK LAH RISIKONYA ) .. SEKURANG2NYA .. KESELAMATAN BAYI KITA AKAN TERJAMIN ... DAN BAGI YG TIDAK MAMPU KALAU BULEH KUMPUL DUIT TERLEBIH DAHULU .. DAN KALAU X MAMPU JUGA ... LEBIHKAN LAH PERHATIAN SEWAKTU KITA NAK BERSALIN ... DAN BERSERAHLAH KEPADA TUHAN ... INSYAALLAH



dan dapat award dai teman baru di blog .. dari ibu umairah ... thanx dik .. salam perkenalan dari akak juga ... ( huhuhu x pandai nak buat award .. duk kutip award org jerk ... nanti2 kalau dah pandai ... ieda nak bagi kat semua ) .... hehehhe


5 comments:

  1. sian kan beby nii..
    nilaa manusia wat keje ngan tak ikhlas..
    kenape wujud perbezaan kualiti hosp swasta dan gomen??
    mari kte kaji..hee hee...

    kes doctor curi tulang ape kesudahannya..

    keje kamu bukan main2, melibatkan nyawa org...beringat2laa wahai pegawai2 perubatan...

    ReplyDelete
  2. tak baik punyer...mcm2 hallah depa ni...hampeh tul...sian baby tu

    ReplyDelete
  3. aduh takutnya ..bg mia yg belum beranak g ni...x kahwin g ni..ngeri dgr..huhu.

    ada lak boleh patah..lps2 siap uri tertinggal..eei x ptt

    ReplyDelete
  4. tu la pasal....depa nih x de rasa kesian ke... tu le bila keje tidak di anggap ibadah.... sekadar keje utk makan gaji..bukan ke ikhlasan....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...