Tuesday, May 5, 2009

selamat hari ibu .. kini dan selamanya ...


ibu ... khairiah bt abdullah .. 58 tahun

" kasihnya ibu sampai ke syurga , kasihnya ayah hingga berkorban nyawa " .. alhamdulillah bila tibanya bulan mei ini , boleh dikatakan kebanyakan dari kita akan mengingatinya sebagai bulan yg penuh bermakna kerana didalamnya ada suatu hari yg amat istimewa buat insan yg bernama IBU .. tiada kata yg dapat diucapkan dan tiada apa yg dapat dinilai sebagai ganti mu .... buat ibu tercinta .. dikaulah segalanya .. tanpa mu tidak mungkin aku dpat melihat , mencium dan merasai kebahagiaan sehingga kini .. memberikan kekuatan dalam menempuh segala dugaan disini ...
Buat IBU ..
bagi diriku tiada hari yg dinamakan hari IBU , kerana segala penggorbanan mu dan kasih sayangmu dulu kini dan selamanya sehingga ke syurga ..

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat Al-Hakim

Selain itu, Rasulullah ada menegaskan sebanyak tiga kali ttg soalan sahabat berkaitan siapa patut diutamakan dalam sesuatu hal,dan jawapan Rasulullah ialah..Ibumu,ibumu dan ibumu..

Selain itu,ingatkah kita tentang cerita Alqamah yang di saat kematiannya susah untuk mengucap shahadah. Ini juga adalah akibat drp kesan menderhakai ibu.Dan setelah ibunya mengampunkan kesalahannya,barulah Alqamah dapat mengucap dua kalimah shahadah dan pergi menemui Illahi dgn tenang. Di sini saya ingin tegaskan bahawa, martabat ibu di sisi Allah sangat tinggi dan mulia. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mentaati ibu dan juga bapa kita dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu menghormati,mengasihi dan menyayangi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita. Semoga dgnnya kita dapat beroleh ketenangan dan dapat meraih redha Allah S.W.T.

SELAMAT HARI IBU buat mereka yg bergelar IBU

ini nenek aku yang dah berumur 86 tahun

Ibu.. Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Adakah kita begini ...

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


dan aku ... isteri kepada mohmad sakimi
ibu kepada putri nur fatin amanina
putri nur fatin sabriena
& putra muhammad saiful zahrien

3 comments:

  1. Tak tau nk bg hadiah ape kat ibu tuk hari ibu nie..

    ReplyDelete
  2. lambat g kan hari ibu. BUkan 10 mei ke??

    ReplyDelete
  3. kak ida...gambar akak tu bersaiz besar..sbb tu x leh upload...ibarat mia upload gmbr di friendster la..hehe

    Sebenarnya, akak perlu guna 1 software image converter utk kecilkan saiz...br leh upload any photo bersiaz besar...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...