Thursday, May 28, 2009

a new look of me


gambar tahun lepas .. 2008 masa nie hari raya aidilfitri


!
!
!
ini pula gambar terbaru .. 28 mei 09





salam semua ... heheh sajer2 jer nak taruk entry nieh ... hahahahha ... ermm nak upload gambar terbaru aku .. tapi separuh ajer lahh .. x der gambar full punnn .. maleh nak amik .. since ramai yg cakap semenjak aku amik HL nie face aku banyak menunjukkan perubahan jadi aku nak lah jugak u all bandingkan .. ader ker perubahannya .. ketara sgt ker ... idok lah kannn ... biasa2 sahaja kannn ... kalau ada punnn alhamdulillah ....

** dah lama x citer pasal menu harian aku kan ... ada yg bertanya takkk .. kalau tiada .. aku sajer jer nak btahu .. hehehe

yesterday menu

morning at 7.30 ~ shake f1 2 scoop cappu + f3 3 scoop + 350 ml plain water
in between at 11.00 ~ 2 keping krim cracker + plain water
afternoon at 1.00 ~ nasi kukus ayam grg ( perghhhh x tahannnn )
in between ~ plain water
dinner at 7.00 ~ 2 scoop f1 cappu + 3 scoop f3 + 350 ml plain water
in between 11.00 ~ 600 ml plain water



NUKILAN DIBAWAH DARI ADIK AISHA - Penawar Kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.

" Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.

"Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.

"Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

** thanx dik sudi berkongsi cerita dgn kami semua .. LOV UUUU ...

6 comments:

  1. mmg nampak beze nyer...ada tak org cakap muka u cam ismaAF7...so sweet...

    ReplyDelete
  2. cantiknya ieda bila dah slim... sgt berbeza.. nampak transformasi.. waaaa nak jadi camtuh jugak...

    ReplyDelete
  3. kak.....mmg nampak sgt beza dah... serius...teruskan usahamu yer..

    ReplyDelete
  4. makin cntik kak...x sia2 usaha. tahniah

    maaf mia x leh bg komen byk..tgn mia makin sakit........

    ReplyDelete
  5. uwauuuuu...., hoh mcm umie aida lah...,
    isk isk isk..., makin cun.., cam umo 20 je kak...

    kak..., kak pakai contact lens ke kak..??

    satu lagi, tima kasih kak sebab berkongsi penawar kepenatan ni... credit to sis aisya... thanks 2u2...

    ReplyDelete
  6. awet muda le, krg ni lagi cun..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...